ROYALTI  ;  KAMI BERSAMA TOK GURU
 
 

BN Habis Peluru Perang Royalti.

 

Setelah sekian lama mendiamkan diri tiba-tiba Tengku Razaleigh berkokok ( apabila ditanya oleh wartawan Utusan Meloya semalam) berkaitan dengan Royalti Minyak. Kerajaan Pusat (UMNO/BN) yang telah menurunkan panglima-panglima perangnya seperti, Rais Yatim ( Dr. Undang-Undang dan Pakar Pembakar Jambatan), Abdullah Badawi ( Ketua Polis), Najib ( Ketua Tentera) dan sebagainya untuk meyakinkan rakyat tindakan mereka merampas Hak Kerajaan Terengganu adalah betul dan wajar, sedar betapa usahanya tidak berhasil. Sebagai usaha " Pukul Mati", maka Panglima Perang yang teragong, seorang Anak Raja, diturunkan ke gelanggang peperangan Di Raja (Royalty ). Utusan Meloya pun bergegas melaporkan temubualnya dengan Tengku Razaleigh semalam.

 

Rakyat Malaysia tidak semudah dulu untuk menerima hujah dan pendapat Tengku Razaleigh, walaupun beliau menjadi pemain utama dalam memetrai perjanjian pembayaran Royalti Minyak kepada Kerajaan Terengganu oleh Petronas. Penafian Tengku Razaleigh ke atas Hak Kerajaan Terengganu menerima pembayaran Royalti kononnya minyak bukan di dalam wilayah Negeri Terengganu memesong dan mengelirukan. Apa yang kita pertikaikan bukanlah hak ke atas minyak tetapi hak ke atas pembayaran Royalti yang termetrai di dalam Perjanjian yang beliau sendiri tandatangani. Mengandaikan bahwa nama pembayaran dan melalui siapa ianya dibayar asalkan memberi manafaat kepada rakyat tidak langsung meluputkan Hak Kerajaan Negeri. Lagipula, beliau sendiri satu ketika dulu mengecam Kerajaan UMNO Terengganu yang menyalahgunakan wang Royalti sehinggakan rakyat Terengganu hari ini masih terletak di atas tangga kedua termiskin. Bagaimanapula, hari ini beliau cuba meyakinkan rakyat, khususnya rakyat Terengganu, bahwa JPP dan JKKK akan menyalurkan wang " Ihsan" terus kepada rakyat. Di manakah letaknya pendirian seorang pemimpin yang satu ketika dulu disanjungi ramai.

 

Jika sekiranya laporan Utusan Meloya itu benar, maka kita boleh menyimpulkan satu daripada dua atau kedua-dua kesimpulan di bawah ini:

Tengku Razaleigh berbohong apabila menafikan Hak Kerajaan Terengganu menerima wang Royalti padahal beliau sendiri yang menandatangani perjanjian berkaitan dengannya. Bukankah sesuatu Perjanjian yang dimetrai oleh dua pihak menjadi hak yang sah pihak-pihak itu?
Tengku Razaleigh kurang arif ( tidak tahu ) apa yang ditandatanganinya 25 tahun lalu. Jika ini yang berlaku, itulah sebabnya beliau menafikan hak Kerajaan Terengganu, maka padanlah beliau tidak berjaya memimpin PMS 46 dan apabila kembali ke pangkuan UMNO baru beliau tidak terpilih ke Jawatan Teringgi parti itu……Tidak layak!!
 

Apa sekalipun kesimpulan yang dicapai, jelas sudah Kerajaan Pusat (UMNO/BN) gagal memenangi kepercayaan rakyat walaupun telah menurunkan Hulubalang Anak Raja mengepalai Peperangan Di Raja (Royalty). UMNO/BN kini telah kekurangan peluru untuk terus berperang dengan rakyat yang celik ilmu hari ini. Kepada puak-puak UMNO, saya menyeru agar anda serah diri sajalah, kamu tak akan menang peperangan tanpa peluru. Kepada rakyat Terengganu, sabarlah menghadapi kezaliman yang dilakukan ke atas kita kerana sinar kemenangan sudahpun menunjuk tanda.

 

Sekian, terima kasih.

 

Watchdog.