HIDUPKAN SYIAR "DARULIMAN"
 

 KUALA BERANG: Menteri Besar, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, berkata kerajaan negeri
 mahu menghidupkan semula syiar 'Darul Iman' dalam melaksanakan tanggungjawabnya memerintah
 negeri ini. 

 Sehubungan itu, beliau turut meminta semua kakitangan kerajaan supaya menghidupkan syiar
 tersebut dalam diri mereka sewaktu menunaikan tanggungjawab dan kewajipan harian
 masing-masing. 

 "Kami (kerajaan negeri) akan berusaha sedaya upaya supaya perkara yang utama dan penting
 untuk rakyat didahulukan," katanya ketika berucap di majlis perjumpaan dengan kakitangan
 jabatan dan agensi kerajaan di dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, di sini Khamis minggu lalu. 
 

TERENGGANU DARUL IMAN®