Make your own free website on Tripod.com
 
        BUKAN TIRU(tiru cik gu marah)

        Cuti Sabtu minggu ketiga setiap bulan untuk kakitangan awam akan berkuat
        kuasa bulan depan, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Abdul Halim Ali.

        Bagaimanapun, katanya, setakat ini kerajaan belum bercadang memperkenalkan kerja lima hari seminggu
        untuk kakitangan awam seperti diminta oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan
        Awam (Cuepacs).

        "Kerajaan bersetuju dua cuti Sabtu saja iaitu pada minggu pertama dan ketiga. Itu saja," katanya kepada
        pemberita selepas sesi bersama media sempena Persidangan Kedua Pengetahuan Global (GKII) dan
        pelancaran penerbitan pertama siri Building Knowledge Societies, di sini hari ini.

        Mesyuarat Kabinet minggu lalu bersetuju mengisytiharkan Sabtu minggu ketiga setiap bulan sebagai hari cuti
        kepada kakitangan awam, sebagai tambahan kepada cuti umum Sabtu minggu pertama sekarang bagi
        menggalak pelancongan domestik.

        Berikutan pelaksanaan cuti Sabtu ketiga mulai bulan depan, kakitangan awam akan bercuti pada tiga Sabtu
        berturut-turut bulan itu.

        Ini kerana cuti Sabtu pertama pada 5 Februari akan diganti pada Sabtu minggu kedua iaitu 12 Februari
        kerana Sabtu pertama bulan itu adalah cuti umum sempena Tahun Baru Cina. Cuti Sabtu ketiga pula pada 19
        Februari.

        Kakitangan awam sekali lagi menikmati cuti Sabtu untuk tiga minggu berturut-turut pada Jun depan kerana
        Sabtu pertama pada 3 Jun ialah Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong. Cuti berkenaan akan diganti
        dengan Sabtu (10 Jun) dan diikuti cuti Sabtu ketiga (17 Jun).

        Selain sektor awam, beberapa sektor swasta termasuk perbankan turut bercuti pada Sabtu minggu pertama
        setiap bulan sebagai mencontohi langkah kerajaan.