KERAJAAN AKAN LUPUSKAN TANAH KEPADA RAKYAT

 
     Permaisuri -- Beribu lot tanah akan diagihkan segera kepada rakyat di  Daerah Setiu.
     Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan disini hari ini bahawa Kerajaan Baru dibawah pimpinan Tuan
     Guru Haji Abd Hadi bin Awang telah mula melaksanakan menifesto yang dijanjikan  semasa pilihanraya
     yang lalu untuk memberi tanah kepada rakyat. Buletin PDTS dimaklumkan bahawa kerajaan akan
     mengeluarkan dasar baru mengenai kaedah pelupusan tanah kepada rakyat mengantikan dasar yang
     dibuat oleh kerajaan dahulu. Rakyat diminta bersabar dan memberi peluang kepada kerajaan
     mengenalpasti kaedah yang terbaik dalam proses mengagihkan tanah. Walau bagaimana pun persiapan
     awal telah mula dilaksanakan oleh Pejabat Tanah Setiu bagi memproses semula permohonan tanah
     yang pernah ditolak oleh Kerajaan Barisan National yang lalu diatas sebab teknikal oleh Jawatankuasa
     Pemilih Tanah Daerah ketika itu.Ia nya melibatkan beratus-ratus permohonan yang dikategorikan sebagai
     mereka-mereka yang teranyanyai. Menurut sumber yang boleh dipercayai mereka ini terdiri daripada
     peneroka tanah haram sebelum tanun 1980 yang memenuhi syarat dasar tanah haram ketika itu, tetapi
     disebabkan fahaman yang berbeza dengan kerajaan permohonan mereka ditolak.

     Menurut sumber itu lagi Pejabat Tanah Setiu akan mengeluarkan borang untuk permohonan tanah bagi
     lot tapak rumah di seluruh Daerah Setiu bagi skim petapakan perumahan. Adalah difahamkan terdapat
     beribu lot tapak rumah dibawah tatatur perumahan yang masih terdapat di daerah ini. Ia nya terdapat
     didalam berpuluh Rancangan Tanah Berkelompuk yang telah wujud di Setiu. Lot tapak rumah tersebut
     akan diberi keutamaan kepada penduduk Daerah Setiu yang telah berumahtangga dan belum lagi
     mempunyai tanah. Pejabat Tanah Setiu akan akan mengiklankan permohonan tersebut sedikit masa lagi.
     Pengiklanan tersebut akan dibuat di seluruh mesjid dan tempat-tempat awam di Daerah ini. Pengiklanan
     tersebut dijangka dibuat melalui Jawatankuasa Sura Rakyat. Permohonan tersebut akan dikeluarkan
     serentak di Daerah Setiu. Buletin PDTS diberitahu bahawa proses temuduga akan dilaksanakan dalam
     tahun ini juga.