JANGAN TEROKAI TANAH KERAJAAN
 DUNGUN: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Petroleum, Perindustrian dan
 Sumber Manusia negeri, Haji Mustafa Ali berkata, kerajaan negeri tidak mengiktiraf mana-mana
 tanah yang diterokai selepas pilihan raya ke-10 lalu. 

 Katanya, walaupun terdapat peneroka tanah selepas pilihan raya umum lalu yang telah menanda
 kawasan masing-masing, ia tidak diiktiraf oleh kerajaan negeri. 

 "Yang ini (tidak iktiraf teroka tanah selepas pilihan raya) tidak kira sama ada orang PAS atau
 orang Umno," ujarnya ketika berucap merasmikan Majlis Kesyukuran dan Dialog Bersama Exco
 di Kompleks Perikanan Dungun di sini, Sabtu lalu. 

 Tegasnya, kerajaan memberikan tanah kepada mereka yang layak berdasarkan kepada keadilan. 

 Perkara ini ditimbulkan oleh beliau kerana rata-rata rakyat cuba bertindak bersendirian dengan
menerokai tanah kerajan secara haram selepas pilihanraya umum ke-10 yang lalu.Hal ini
patutnya dipatuhi sehingga kerajaan PAS menetapkan satu dasar sempurna untuk keselesaan rakyat.
 

TERENGGANU DARUL IMAN®