KERAJAAN KASI SEMULA TANAH INDUSTRI
 KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri akan mengkaji semula kedudukan tanah di kawasan
 industri yang telah diserahkan kepada syarikat swasta, tetapi gagal diusahakan dalam tempoh yang
 ditetapkan. 

 Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Petroleum, Perindustrian dan Sumber Manusia
 negeri, Haji Mustafa Ali, berkata siasatan pihaknya mendapati ada syarikat yang diberi tanah untuk
 melaksanakan pelbagai projek, masih gagal meneruskan cadangan mereka. 

 "Kerajaan perlu mengkaji semula sama ada syarikat berkenaan masih berminat meneruskan projek
 yang dirancang atau membeli tanah di kawasan berkenaan untuk tujuan spekulasi semata-mata,"
 katanya ketika ditemui di Wisma Darul Iman, Rabu lalu
 

TERENGGANU DARUL IMAN®