MERCEDES BENZ  S320 ( TC 12)
 

Saya terbaca satu artikel didalam laman web yang
mengatakan bahawa sebuah kereta  telah ditawar
untuk dibeli oleh Wan Mokhtar Ahmad .
 Sehubungan dengan artikel tersebut suka saya
maklumkan bahawa sekira kereta yang dimaksudkan
adalah Mercedes Benz S320 yang bernombor pendaftaran
TC 12,maka saya rasa fakta tersebut ada sedikit kekaburan.

    Saya sendiri tidak pasti dimanakah kereta tersebut berada
pada ketika dan saat berita ini ditulis.Namum satu sumber
yang amat rapat dengan Wisma Darul Iman memaklumkan
bahawa kereta tersebut telah dibeli oleh kerajaan dahulu
dengan harga melebihi 0.5 juta.
Setelah BN tewas di Terengganu Wan Mokhtar telah menghatar
sepucuk surat kepada kerajaan Terengganu untuk membeli kereta tersebut
dengan kadar harga yang lebih rendah seperti mana peruntukkan
yang dibenarkan kepada exco-exco beliau sebelum ini.Sepatutnya
walaupun beliau hendak membeli kereta
tersebut,beliau mestilah terlebih dahulu menyerahkan kereta tersebut
kepada kerajaan negeri
.Sehinggalah satu keputusan baru diambil.
 Difahamkan juga atas rasa tanggungjawab untuk menjaga
harta rakyat ,kerajaan yang baru tidak bercadang untuk
menjual kereta tersebut kepada Wan Moktar.
Oleh itu sekiranya fakta ini betul maka sah
bahawa kereta tersebut telah diguna oleh
Wan Mokhtar tanpa keizinan Kerajaan Negeri.
Ini menampakkan kepada kita sikap tidak bertanggujawab
Wan Mokhtar didalam menjaga harta kerajaan.Sudahlah
dulu ketika bergelar MB beliau memiliki banyak tanah
di semua Daerah Di Terengganu,kini sudah bergelar rakyat
biasa pun masih juga merompak harta kerajaan.

Atas rasa tanggungjawab maka kita amatlah
mengharapkan agar Wan Mokhtar Ahamad memulangkan semula kereta tersebut
kepada kerajaan Negeri.Seharusnya beliau menerima hakikat
bahawa beliau sekarang adalah Wan Mokhtar Bin Ahmad
tanpa status YAB MB lagi.
 

Lawan tetap lawan

spanar_2000@hotmail.com