Make your own free website on Tripod.com
 
Tian Chua Ditahan Polis

Naib Presiden Parti Keadilan Nasional Tian Chua ditahan jam 2:40 pagi(22.12.2000) tadi oleh sekumpulan polis Bukit Aman berhubung siasatan dan dakwaan kes pilihanraya kecil Lunas.

Tian ketika itu berada di pejabatnya di Pusat Sumber Buruh (LRC), Bangsar, Kuala Lumpur selepas mengadakan satu mesyuarat.

Kumpulan tujuh orang anggota polis berpakaian biasa itu yang diketuai oleh ACP Ismail Haji Omar datang dengan dua buah kereta.

Menurut sumber, Tian akan dibawa ke balai polis Kulim, Kedah hari ini juga dan kemudiannya didakwa di mahkamah.

Malaysiakini difahamkan aktivis reformasi itu sudah menghubungi peguamnya di Pulau Pinang.

Dalam tempoh 24 jam lalu, empat penyokong Keadilan ditahan di beberapa tempat di Kedah dan didakwa di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas tuduhan merusuh.