Make your own free website on Tripod.com
" THINK TANK "  KUMPULAN PEMIKIR
Seruan kepada kerajaan PAS negeri Terengganu Darul Iman ]

Pendahuluan.
Dalam keadaan baru mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri daripada parti BN ,
harus diakui dari segi berpengalaman kita msih kurang . Kemahiran menguruskan parti tidak sama
dengan  uruskan sebuah negeri. Masalahnya rencam dan pelbagai. Kumpulan rakyat juga berbagai
jenis, ada yang menyokong dan membangkang . Bukan bermaksud YAB MB, EXCO dan wakil rakyat yang
dipilih tidak boleh melakukannya, tidak layak atau sebagainya. Yang terpilih semuanya layak dan
berkemampuan. Tetapi harus diingat, kerajaan yang diwarisi, banyak cacat dan masalahnya. Untuk
selelsaikan masalah dan pada masa yang sama untuk mengadakan pembaharuan dan projek - projek
baru, boleh dikatakan merumitkan.

Cadangan..
Sesuai dengan itu saya , dengan ini , sebagai salah seorang rakyat negeri Terengganu
Darul Iman, dengan rasa rendah diri mencadangkan supaya diwujudkan satu kumpulan pemikir atau "
think tank " di setiap DUN, Parlimen, Daerah dan juga di peringkat negeri.

Tujuan. Pertama, untuk membantu Wakil Rakyat dan Ahli Parlimen mahupun pengurusan negeri
melicinkan pentadbiran dan pengurusan setempat.  Ini dapat dibuat melalui sesi "brainstorming "
percambahan fikiran, mesyuarat, perbincangan dan perjumpaan  serta "QCC " Kumpulan Meningkatkan
Mutu kerja [ KMK ]   secara berkala.  Ini akan dapat mempercepatkan pembetulan di peringkat
setempat, DUN, Parlimen dan Negeri. Ianya juga diharap dapat merancakkan lagi pertumbuhan dalam
semua sektor.

Kedua, untuk mewujudkan satu pasukan yang dinamakan sebagai " External Examiner " iaitu
pemeriksa luar sebagai " check and balance " bagi mengawasi semua atau kebanyakan program dan
projek yang dilaksanakan di suatu DUN atau Parlimen mahupun di peringkat negeri. Dengan adanya
kumpulan ke - 3 [ kumpulan pemikir " think tank " ]  ini, diharapkan pentadbiran dan pengurusan
kerajaan negeri di semua peringkat benar - benar telus dan bertanggungjawab dan dengan itu
banyak kelemahan  dapat diatasi. InsyaAllah

Ketiga, Mengeksploitasi secara maksima sumber tenaga pakar setempat untuk dimanfaatkan oleh
semua penduduk setempat dan negeri.. Apa yang terjadi sebelum ini, dalam pengurusan yang lalu,
input dan sumbangan tenaga pakar [ yang berkelayakan ] dibiarkan begitu saja. Mereka  ini tidak
dilibatkan di dalam sesuatu program atau projek setempat . Tinggallah membazir begitu saja..

Risiko .Walaubagaimanapun, ada risiko tersendiri bilamana kumpulan bijak pandai ini dilibatkan
di dalam cadangan dan program ini. Ini kerana, setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan
tersendiri, ada yang cerdik dan bodoh, ada yang cergas dan lemah, dan pelbagai lagi. Bila mana
kumpulan cerdik, cergas, pandai dan inovatif ini dikumpulkan setempat dan diajukan kepada mereka
ini  untuk memberi pendapat dan untuk menyelesaikan sesuatu masalah, dikhuatiri  ia akan
mengatasi kecerdikan dan kepandaian wakil  rakyat atau parlimen itu sendiri. Ini dikhuatiri akan
menyebabkan berlakunya rasa rendah diri atau " interior complex " . Inilah fenomena yang terjadi
kepada wakil - wakil rakyat daripada UMNO sebelum ini. Takut untuk bersemuka dengan golongan
bijak pandai.

Ahli. Semua Pegawai kerajaan kumpulan A di dalam sesuatu DUN dan Parlimen samada yang berkhidmat
di peringkat kerajaan negeri atau persekutuan di sesuatu negeri tertentu , yang dikenalpasti
menjadi ahli kepada BA atau condong kepada BA secara automatik layak untuk menduduki  kumpulan
ini. [Mereka yang dikenalpasti secara nyata menyokong UMNO/BN tidak wajar diterima sebagai ahli
dalam kumpulan ini ] .Walaubagaimanapun, untuk menjadikan kumpulan ini sebagai rasmi dan
berkesan, surat perlantikan dan tawaran rasmi perlulah dibuat oleh pihak berkenaan dan
berkepentingan. Syor dibuat supaya Pegawai kumpulan A menganggotai kumpulan ini adalah
berasaskan kepada beberapa sebab tertentu seperti pengalaman dan kemahiran  serta pengetahuan di
dalam sesuatu  aspek  seperti pentadbiran , pengurusan , komunikasi, kreativiti, keyakinan ,
keterampilan diri dan imej di dalam sesuatu bidang tugas seperti Doktor, Jurutera, Peguam,
Arkitek, dll .

Walaubagaimanapun, ia bukan bermakna ianya terhad kepada pegawai dari kumpulan A sahaja.
Sebenarnya terbuka untuk semua. Tetapi kebiasaannya mereka yang berkhidmat di dalam kumpulan A
ini lebih diketahui ramai sebagai pakar di dalam sesuatu bidang dan lebih terbuka.

Kebanyakan daripada   mereka ini tidak berpeluang untuk terlibat secara rasmi di dalam
pengurusan dn pentadbiran kerajaan negeri. Jadi dengan mengumpulkan mereka ke dalam satu
kumpulan  "think tank "- ilmu yang ada, kepakaran yang tersedia, idea yang dipunyai, kemahiran
dll dapat disalurkan  untuk manfaat semua. Mereka ini, sebenarnya tidak ada saluran untuk
mencurahkan ilmu dan kepakaran, dengan itu adalah menjadi tugas dan tanggungjawab pihak
berkenaan, terutamanya wakil rakyat DUN dan Parlimen untuk  mendapatkan khidmat mereka ini
secara yang lebih formal dan rasmi.

Kepakaran dan ilmu yang ada pada setiap pegawai ini adalah pelbagai, ada diantaranya adalah
seorang Doktor, Jurutera, Peguam, Arkitek, Pakar Komputer, Pertanian dll. Amatlah rugi kiranya
mereka ini tidak diserapkan ke dalam arus perdana dan pembangunan atau tidak ditolak ke depan
bagi memajukan kawasan setempat, DUN, Parlimen, Daerah dan seterusnya Negeri Terengganu Darul
Iman.

Apa yang harus dilakukan, ialah, di dalam satu kawasan DUN atau Parlimen wakil rakyat perlu
mengadakan satu jawatankuasa khas dengan dianggotai oleh wakil dari setiap kampung, seperti
Ketua kampung,  Ketua Unit Peti Undi dll. Mereka perlu berbincang dan bermesyuarat serta
mengambil tindakan menyenaraikan butiran lengkap [ nama, alamat dan nombor talipon ] setiap
pegawai kumpulan A [ terutamanya ]  yang bermastautin di dalam kawasan masing - masing. Ini
bukanlah satu kerja yang sukar. Rasanya tidaklah elok sangat sekiranya masih lagi memberikan
alasan untuk tidak  melakukannya.

Senarai yang telah lengkap hendaklah dianalisa dan diperincikan. Satu mesyuarat dan perjumpaan
hendaklah dipanggil segera dan dikemukakan kertas cadangan yang mengandungi tujuan dan objektif
serta hala tuju pembentukan  kumpulan pemikir ini berserta hal - hal yang berkaitan dengannya.

Fokus. Semua bidang kehidupan perlu disentuh, seperti agama, ekonomi, pendidikan, sosial,
teknologi, keselamatan, belia, industri , pentadbiran dll.
Aktiviti. Perkara - perkara utama yang perlu diberikan perhatian ialah sesi mesyuarat mingguan
dan bulanan, mengumpul maklumat dan masalah, mengemukan cadangan dan penyelesaian, menjalankan
projek dll

Cadangan di atas wajar disegerakan penubuhannya. Pengisian kemenangan dalam pilihanraya yang ke
- 10 lalu tidak perlu ditunggu - tunggu lagi. Rakyat sedang menunggu dengan penuh minat , apakah
perubahan  yang akan dibawa oleh pemerintahan baru ini. Apakah perbezaannya diantara
pemerintahan kerajaan Barisan Nasional dan Barisan Alternatif. Apakah manfaat yang rakyat umum
boleh terima dari pemerintahan baru ini.  Sekian, terima kasih

oleh:
.terompah_kayu