Make your own free website on Tripod.com
TERENGGANU  DARUL IMAN
 
 

     Assalamualaikum Tuanku, 

     Patik memohon maaf terlebih dahulu kerana berdialog dengan tuanku hanya melalui internet sahaja. Rasanya patik
     tak kecukupan masa lagi untuk menghadap tuanku untuk memaklumkan isi hati patik kerana patik sekarang di
     perantauan. 

     Patik sebagai salah seorang rakyat Darul Iman rasa cukup sedih dan pilu di atas tindakan "tidak berperlembagaan
     "PM yang bertindak menarik balik royalti minyak  kepada negeri dan rakyat Terengganu. 

     Masihkah tuanku ingat! PM ini jugalah yang telah mencabut imuniti Raja-raja Melayu dan sekarang PM ini jugalah
     yang telah menghina kerajaan dan rakyat tuanku. Rakyat tuanku telah memilih seorang ulamak (Tuan Guru
     Hj.Abd. Hadi ) untuk memimpin negeri kita Darul Iman tetapi kerana dendam dan busuk hati PM kepada ulamak
     maka segala apa kebaikan yang cuba direalisasikan oleh ulamak cuba disekat oleh PM. Logik PM, ialah tanpa
     wang royalti kepimpinan Tuan Guru akan kecundang. InsyaAllah rakyat jelata akan berdoa semuga kerajaan
     tuanku di bawah kepimpinan Tuan Guru akan dirahmati dan diberkati Allah SWT. 

     Maaf tuanku, 

     Di sini patik ingin mencadangkan kepada tuanku supaya soal pertikaian royalti minyak ini dibawa ke Persidangan
     Majlis Raja-raja Melayu. Tuanku boleh meminta pandangan dari Raja-Raja Melayu/Sultan mengenai hak
     kerajaan tuanku ke atas perjanjian yang telah dimeterai pada 22hb.Mac 1975. 

     Mungkin Yang DiPertuan Agong dan sultan-sultan lain boleh memberi pandangan mereka dan satu resolusi
     dikeluarkan untuk mendesak PM supaya kembalikan semula hak rakyat dan kerajaan negeri Terengganu.  

     Patik ada membaca Perjanjian Petronas dengan kerajaan tuanku dan dalam satu butiran perjanjian itu; 1.1
     PETRONAS hendaklah membayar WANG TUNAI kepada Kerajaan Negeri secara tahunan sebanyak yang
     setara dengan lima peratus dari nilai petroleum yang didapati di Terengganu dan dijual oleh Petronas. 

     Maka tindakan PM membayar melalui Tabung Ehsan adalah tidak betul dan melanggar perjanjian. Bolehkah
     tuanku mendiamkan diri lagi dengan tindakan PM ini? Percayalah tuanku rakyat akan berdiri teguh di belakang
     tuanku dalam menjaga hak-hak rakyat. 

     Tuanku hendaklah bersama rakyat dalam mendesak PM supaya mengembalikan semula hak rakyat Trengganu
     itu! 

     Tuanku hendaklah memberikan sokongan yang sepenuhnya kepada Kepimpinan Tuan Guru Haji Abd. Hadi
     Awang kerana negeri tuanku telah dikurniakan seorang ulamak dan kembalikan semula Pemerintahan Islam Di
     Terengganu. Lupakah tuanku sejarah Batu Bersurat di Terengganu? 

     Sekian tuanku mohon ampun dan maaf. 
 

Graduan PJJ