Make your own free website on Tripod.com
 Tuan Webmaster,
 

   Assalamulaikim dan selamat hari raya ,maaf zahir batin.

   Saya adalah anak jatiTerengganu kini menetap di K.Lumpur sudah 15 tahun.Sentiasa pulang ke
Terengganu jika ada kelapangan bagi menziarahi keluarga kedua belah pihak dan juga pada
hari-hari kebesaran.
   Saya amaat bersyukur selepas pilihanraya baru_baru ini PAS dapat memerintah Terengganu dan
Terengganu kini dibawah kepimpinan ULAMAK.Alhamdulillah,sekali lagi saya bersyukur kepada ALLAh
swt.
   Selepas sebulan memerentah saya kira banyak penyelewengan yang dapat di kesan oleh kerajaan
yang baru .Diantaranya penubuhan Unit Perpaduan Ummah dibawah kerajaan yang lama.Sepintas lalu
unit ini merupakan badan talibarut UMNO bagi mengekalkan kuasanya.Oleh itu pembubaran badan ini
dan digantikan dengan UPI memang disokong 100%
    Daripada maklumat awal yang saya terima(kalau tidak silap)peranan utama adalah untuk
meningkatkan pembangunan insan -rakyat negeri Terengganu -dari segi rohani dan jasmani(fizikal
dan spritual).
Pembangunan insan mengikut kaedah-kaedah yang ditekankan oleh islam adalah dialu-alukan.Apa yang
penting segala program pembangunan yang dirangka diradai oleh ALLAH swt.
    Olah itu menyentuh program-program yang akan dirangka demi meningkatkan lagi pembangunan
insan di Terengganu ,saya cadangkan perkara-perkara berikut diambil kira.

    a)Masalah belia yang melepak diwaktu magrib.
      Fenomena melepak waktu magrib terutama di pondok perhentian bas,wakaf-wakaf dan
kedai-kedai kopi telah menjadi aktiviti turun temurun samada dikampung ,pingir-pingir bandar
atau dibandar.Walaupun negara telah memasuki alaf Y2K fenomena ini masih berleluasa.Keadaannya
tidak berubah sejak umur saya 40 tahun dahulu.
Kalau kita memasuki kawasan kampung samada di Besut,Setiu,K.Trengganu,Dungun dan Kemaman pada
waktu magrib kita akan lihat budak-budak muda berkumpul ditempat tersebut tanpa menghormati dan
menghiraukan masa tersebut.Waktu magrib merupakan salah satu masa sembahyang yang pendek.Jika
mereka berada ditempat tersebut dan masih rancak bercakap ,saya fikir kemungkinan besar mereka
tidak sembahyang magrib.Meninggal solat secara sengaja adalah dosa besar.Oleh itu sesuatu
tindakan perlu diambil bagi mengatasi masalah ini.Fenomena saperti ini tidak wajar dibiarkan
sampai bila-bila.tanpa penyelesaian.

       b)Lumba Haram.

          Masih terdapat budak_budak muda yang terlibat dengan lumba haram terutama pada waktu
malam.Aktiviti ini bukan sahaja membahayakan pengguna jalan raya yang lain tetapi juga diri
sendiri.
Jika terbunuh semasa berlumba mungkin boleh dikelaskan sebagai mati bunuh diri.Bunuh diri adalah
dosa besar.

Oleh itu setelah UPI beroperasi sepenuhnya suatu hari nanti saya syorkan masalah-masalah saperti
diatas diambil perhatian sewajarnyaa.

    Belia hari ini menjadi harapan bangsa dimasa hadapan.Rosak belia rosaklah negara.

Terima kasih.wassalam.
 

selamat berjumpa lagi.

Mdnor Abu Bakar.