Make your own free website on Tripod.com
Jangan kira nak pecat - Ust. Abd. Hadi

                    MARANG: Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Tuan Guru Abdul Hadi
                    Awang mengingatkan ahli-ahli supaya jangan memikirkan untuk memecat
                    orang-orang tertentu setelah mengambil alih teraju pemerintahan kerajaan
                    negeri.

                    Sehubungan itu, beliau yang dilantik menjadi Menteri Besar menyeru
                    ahli-ahli PAS di kampung-kampung agar tidak bertindak sendiri memecat
                    orang-orang berkenaan daripada jawatan dan tugas mereka sekarang.

                    "Jangan bertindak sendiri di kampung-kampung, pecat orang itu, pecat
                    orang ini, kira nak pecat saja," katanya ketika berucap selepas
                    menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Rusila, pagi tadi.

                    Majlis ringkas itu sebagai meraikan kemenangan PAS dapat menawan
                    negeri ini dalam pilihan raya ke-10, baru-baru ini.

                    Katanya, PAS bukan bertindak mahu meruntuhkan rumah sebaliknya
                    membaiki apa-apa yang sepatutnya setelah mengambil alih kerajaan
                    negeri.

                    "Kalau molek, kita kekalkan, kalau pecah, kalau boleh tampal kita
                    tampal," ujarnya. Bagaimanapun, tegasnya,

                    kalau orang berkenaan benar-benar berkeadaan buruk barulah diambil
                    tindakan terhadapnya termasuk dipecat. "Jangan kita lempar serba serbi,"
                    katanya