ROYALTI : KAMI BERSAMA TOK GURU

Isu Royalti uji rakyat Terengganu
Oleh Kamarudin Mat Akib

KUALA TERENGGANU,12 Okt  - Penceramah bebas, Ustaz Badrul Amin Baharom berkata, Allah SWT akan mencipta peristiwa besar pada setiap zaman bagi menguji pendirian dan keimanan umat pada masa tersebut.

Beliau berkata, sewaktu berlaku peristiwa Israk dan Mikraj yang dialami oleh Rasulullah SWT telah wujud dua pihak pada masa itu iaitu mereka yang percaya kapada Nabi Muhammad dan yang tidak percaya(mereka yang memihak kepada Abu Jalal).

"Begitu juga sekarang ini ada dua pihak yang memperjuangkan dan menyokong kebenaran dan satu pihak lagi memperjuangkan kebatilan,"katanya ketika menyampaikan ceramah Israk dan Mikraj di Wisma Darul Iman, hari ini.

Hadir sama di Majlis anjuran Puspanita cawangan Terengganu ini ialah isteri Menteri Besar, Hajah Zainab Awang Ngah dan Senator Safinah Jusoh.

Ustaz Badrul amin berkata, isu royalti petroleum juga menguji pendirian dan keimanan rakyat Terengganu dalam menyokong perjuangan memartabatkan syiar Islam di negeri ini.

"Mungkin selepas ini ada pihak yang sebelum ini menyokong kerajaan negeri tidak lagi memberi sokongan atau yang tidak akan memberi sokongan pula", ujarnya.