UNTUK PENILAIAN (SUATU ULASAN)

Saya semacam terpanggil untuk menulis bagi
mengulas isi dan isu yang ditimbulkan oleh
Penulis Fathi Aris Omar,saya tidak 
mengenali beliau .Disini bukan lah niat
saya untuk menuduh malah sangka jahat
kepada beliau.Sebagai penulis , beliau sudah
pasti mencari berita yang sensassi atau 
mungkin atas rasa bertanggujawab untuk
membetulkan keadaaan,beliau mengambil
langkah menulis apa yang beliau kutip
ditepi-tepi jalan.Sepatutnya pada kesempatan
berada di dewan Tunku Abdul Rahman,
pada 1 Jun 2000 ketika majlis perasmian
muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat
yang sedang dilakukan oleh YAB Tuan
guru Haji Abdul Hadi,beliau terus meminta
ulasan dari YAB tentang berita yang beliau 
kutip diluar dewan sana.
      Memang apa yang ditulis oleh sdr fathi
itu telah heboh di Terengganu seawal pemeintahan
dulu.malahan perkhabran yang ditiup lebih dasyat
dari apa yang dikutip oleh sdr Fathi.Seringkali ketika
ada majlis dialog atau forum memang perkara
tersebut yang timbul.Berkali-kali telah dijelaskan,
namum isu itu tetap timbul diluar parti.Bagi mereka
yang selalu mengikuti program dalaman parti faham 
akan perkara yang ditimbulkan,malah mereka 
yang memulakan cerita ini pun telah dikenalpasti.
        Pada suatu pagi ketika handak kepejabat
seorang ahli exco telah membawa bersama isterinya
yang kebetulan hendak menuju ke Wisma Darul Iman,
didalamnya juga dimuatkan anaknya yang juga hendak 
ke sekolah,kebetulan sekolah anaknya berada pada laluan 
yang sama.Dalam perjalanan tersebut si ibu minta pemandu singgah
sebertar di warung untuk membeli nasi lemak untuk anaknya
yang tidak kesempatan untuk sarapan dirumah.Apakata
kalau si Ibu tadi tidak bersama ke Wisma Darul Iman,si Ibu 
menaiki kereta lain,sudah pasti akan timbul isu bahawa si Ibu itu
bergaya dengan kereta lain ,mentang-mentang lah kereta
banyak datang ke Wisma pun kereta berasingan.Mengapa
tak datang sekali?.
         Pada suatu malam pula seorang exco yang balik
dari suatu majlis rasmi kerajaan ketika petang tadi di Kemaman,
singgah sebentar di Kuala Terengganu disebuah kedai 
kerana pesanan dari isteri beliau melalui talifon bimbit,
beliau membeli beberapa barang keperluan harian.Ini pun
mungkin dikatakan menggunakan kereta rasmi kerajaan
untuk kepentingan pribadi?.
        Inilah sebahagian yang dapat saya ulaskan untuk
tatapan pembaca yang telah membaca trulisan  sdr 
Fathi Aris Omar.Sebenarnya terlalu banyak cerita
yang dicipta untuk menggambarkan ketidak telusan 
Pemimpin kerajaan Terengganu sekarang.
Terlalu banyak ulasan yang dapat saya buat,namum untuk
kali ini cukup lah setakat ini untuk renungan dan
penilaian pembaca.
       Saya akan jelaskan satu persatu sekiranya
perkara-perkara seperti ini akan terus ditimbulkan.
 
 

spanar_idup
lawan tetap lawan
lawan sampai menang.......