ROYALTI : KAMI BERSAMA TOK GURU

Umno Jadi Bahan Jenaka (Hehehe)
By Kapal Berita
 
 

UMNO JADI BAHAN JENAKA
 
 

Dua tiga hari kebelakangan ini nampaknya umno menjadi bahan ketawa, Bergegar laman yang tidak seberapa ini sejak buah sentul dipegang orang.... Apa lagi jika ia disentuh oleh seorang dara yang menjadi buruan jejaka kerana ia mendapat tempat istimewa disisi mamak tua. Apabila semua projek tajaan adinda itu diterima dan dilancar oleh presiden umno, jelaslah betapa istimewanya adinda walaupun belum setahun jagung di sana.
 

RETAK DALAM UMNO MENANTI BELAH
 
 

Sebelum itu para wartawan tanah air menggeleng kepala dengan pelbagai krisis dan skandal yang bertiup sejak Abu Hasan menangis sehingga sudah tak bersuara. Terbayanglah beberapa kegusaran pada wajah beberapa menteri besar dan pak-pak menteri. Angkara siapa lagi agaknya umno dirundung malang yang tidak berkesudahan? Walau apa pun terdapat tanda-tanda bukan pihak pembangkang. Malah pihak pembangkang pula menerima bukti dari orang "dalam" umno sendiri yang sampai kini tidak dikenali identiti.
 

WANITA TUA UMNO PINTAR SIBER RUPANYA
 

Sudah kedengaran bisik-bisik wanita umno kini mula berjinak-jinak dengan alam siber pula. Mulalah mereka melayang emel sesama sendiri, mencurah segala rasa hati dan rahsia.
 

Yang anihnya mereka turut melayar beberapa laman web reformasi mencari rencana. Kita tidak perlu menyebut rencana apakah yang mereka cari, kerana deraian ketawa yang masih belum berkesudahan itu sudah cukup untuk memberi semua jawapan!
 

PEMUDA UMNO DAN VETREN TUA BERINTERNET JUGA
 

Minat untuk menerokai ruang angkasa siber ini turut menjadi ikutan golongan tua dan pemuda umno yang sudah tidak tahan lagi disumbat dengan pelbagai propaganda diktator mereka. Bayangkan bagaimana beberapa skandal beredar sebegitu cepat sehingga beberapa orang kuat Mahathir ketar lutut dibuatnya. (Hmmmm.... berinternet jugak nampaknya mereka)
 

Kes Abu Hasan tempoh hari sudah cukup untuk mengajar Mahathir bahawa dia kini sudah berperang dengan musuh dari dalam yang tidak diketahui siapakah mereka! Akhirnya Khir Toyo dipilih kerana bimbang Mahathir sudah terlalu ketara.....
 
 

PELBAGAI ISU MEMBUKA MATA
 
 

Saya menerima beberapa emel dari ahli umno yang merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kerana menyiarkan beberapa rencana. Sudah tiba masanya semua telatah nakal pemimpin umno dan juak-juak mereka didedahkan seantero dunia. Kebetulan emel tersebut datang ketika isu hangat penyerahan Putra Jaya, Puteri Umno dan beberapa gelak ketawa.
 
 

Mereka sudah tidak sanggup menyembah seorang diktator yang sudah gila kuasa sehingga Negeri Selangor dinoda sehingga semakin kecil luas sempadannya. Rupa-rupanya Putra Jaya sudah diidam sejak dahulu kala, dan Khir Toyo memudahkan lagi agenda diktator yang tua.
 
 

DISKET REFORMASI TERSEBAR MERATA
 

Menurut beberapa rakan dalam umno, terdapat beberapa ahli umno bergiat cergas memburu rencana. Mereka memetik pelbagai rencana yang mengutuk kepimpinan umno. Antara rencana yang paling popular ialah rencana Wak Amin Sapiro yang dianggap memang kena pada tempatnya.
 

Sudah tiba masanya untuk mereka menyumbang idea dan tenaga untuk mengikut jejak Wak yang tidak dikenali paras ataupun rupa. Untuk itu mereka telah menerbitkan beberapa cakera liut (disket) yang mengandungi beberapa rencana reformasi yang pedas lagi berisi. Sudah tentu Wak dan Pak MT ada di dalamnya. Malah ada satu laman web (yang terpaksa dirahsiakan namanya) menyumbang kira-kira 60% daripada semua rencana di dalam disket itu. Laman siapa agaknya? Jangan laman ber'antu' dah lerrr...
 

-Kapal Berita-