Make your own free website on Tripod.com
 

ROYALTI : KAMI BERSAMA TOK GURU
 

Umno dan Gelagatnya

PASARAN SAHAM 

Jika kita melihat pasaran saham terkini, nampak jelas ada sesuatu yang tidak kena. Ia kelihatan seperti si pengsan yang tiba-tiba boleh segar bugar serta merta. Tidak semulajadi (natural). Ia umpama orang yang lemah tetapi berpura-pura gagah berdiri sambil menyembunyikan tongkatnya. Malangnya tidak semua orang terpedaya. 
 

Statistik FDI menunjukkan pelabur luar sudah mengalih pandangan ke lain benua. Negara Cina dan India sudah dapat menarik minat pelabur dengan buruh yang murah dan kecekapan berteknologi. Tidak hairanlah Bill Gates mencurahkan wang yang lebih banyak jutanya di India kerana terpesona. Dan kita tidak terkejut jika pelabur Amerika berkata di Thailand bahawa Negara Cina sudah mencuri minat pelabur luar kerana kecekapan dan kemurahan buruhnya. 
 

Maka terpaksalah Rafidah, Pak Lah dan Mahathir berterbangan ke luar negara berkempen - ini semua bukan sedikit belanja. Apatah lagi "upah" yang dibayar kepada pihak tertentu supaya menjemputnya.....atau memberi hadiah kepada mereka serta upah kerja kepada jurufoto kamera untuk menangkap imej sesiapa yang berdemo menentang mereka. Malah upah untuk penulis buta tidak kurang juga banyaknya - sehingga mereka bertukar jawatan dari satu media ke satu media dan mungkin dizinkan menelan syarikat berita dengan sedikit kertas kerja sahaja. 
 
 

PEMERINTAHAN BERSANDIWARA 

Di zaman yang serba moden ini sudah ada kacamata yang luarbiasa. Ia boleh melihat di dalam gelap gelita, sebagaimana teropong yang dibawa ke kem al Maunah yang mengejutkan rakyat yang biasa. 

Dengan sekelip mata negara dipenuhi dengan perbualan yang tidak menyedapkan telinga mendengarnya - iaitu "Sandiwara". Apabila PM membebel mengenainya sambil menonjol jari kepada pihak pembangkang yang digeruninya semakin jelas terjawab semua tanda-tanya. Tidak mungkin satu perjuangan yang begitu rahsia tiba-tiba memberi jejak (clue) rahsia dengan mudah pula. 
 

KEKAYAAN NEGARA DIPERJUDIKAN PULA 
 

Rakyat marhaen sudah sedar dana negara telah dikorek satu persatu untuk menghidupkan syarikat kroni manja. Sebuah syarikat kapal yang tenggelam terapung semula bila Petronas membelinya dengan alasan yang tidak perlu kita sebutkan lagi. Petronas yang sama juga yang menyuntik dana kepada bank bumiputra beberapa kali hanya untuk ditelan oleh buaya kroni yang menanti. Akhirnya pekerja BBMB dipijak-pijak sehinggga pelanggan yang berurus-niaga pun ternampak gelagat anak buahnya yang tidak senang hati. 
 
 

PENONTON GUSTI AGAKNYA 

Menonton gelagat saham negara mengingatkan kita akan permainan gusti yang ramai peminatnya. 

Kita menonton aksi bursa saham yang naik dengan tiba-tiba di negara yang baru sahaja mengharamkan arked videonya. Sayangnya permainan saham apakah jika harganya boleh naik mendadak tanpa sebarang petunjuk nyata melainkan petikkan kata sahaja.... Ia sebenarnya mirip satu perjudian dan bukan pelaburan. Sebab itulah banyak institusi rugi bermain dengannya, walaupun sudah mengambil beberapa petua, khususnya dari diktator tua dan mulut-mulut yang semanis dengannya. 
 

UMNO DAN KELEMAHANNYA 
 

Umno kini sedang berdepan dengan kesedaran rakyat yang semakin mencanak. Ia mencuba pelbagai ubat untuk mendapatkan sokongan rakyat. Minggu lepas Puteri Umno sudah mendapat publisiti hebat sehingga menggelegak senario Wanita tuanya. Belum dilancar sudah ada biro Tindakan Sivil (BTS) ala MCA ditengah kesibukkan Pusat Penjaja Sukom, Sungei Way PJ, satu kawasan warga industri. Sudah tentu Azalinalah orang yang mencetus idea dan Mahathir merasmikannya. Dua projek oleh anak "dara" ini mendapat keistimewaan diktator moden yang tua - Puteri Umno dan Biro Tindakan Sivil. 
 

Terkilan kita dimana pula projek Wanita Umno? Cukupkah projek rombongan ke sini dan ke sana untuk menyedarkan rakyat jelata yang kononnya tidak faham agenda pembangunan negara? Bolehkah kain batik percuma itu menjamin masa depan umno yang sudah dipandang rakyat sebagai paling tidak berguna?