Make your own free website on Tripod.com
 


ROYALTI : KAMI BERSAMA TOK GURU

 


Lebih 50 tahun lagi untuk UMNO menang di Kelantan

Ramalan di atas, bahawa UMNO perlu lebih dari 50 tahun lagi untuk menawan
semula Kelantan, telah dibuat secara rasminya oleh Pak Lah Kok Lanas
(Komunis).

IB bukannya terkejut dengan ramalan beliau, tetapi IB terkejut dengan cara Pak
Lah menyebutnya dengan rasmi dalam akhbar utama mereka NST (17 Dec 2000),
semalam.

Dalam kolum mingguan “The NST Diary” beliau, yang mengguna nama pena
“Diarist”, menulis “The diarist predicts it will take longer than two
generations for UMNO Kelantan to regain the State”.

Apa yang membuat dia melatah sehingga memperakui kekuatan PAS/BA dan kelemahan
UMNO/BN?

Apakah ini signal/amaran untuk Mahathir secara sindirin?  Atau apakah ini
merupakan sindirin kepada pimpinan UMNO Kelantan sekarang hingga memerlukan
cucu-cucu mereka untuk UMNO menawan semula Kelantan?

Malah nampak semakin ketara beberapa golongan dalam UMNO makin berani
meluahkan perasaan dan pandangan mereka berhubung betapa lemahnya dan rosaknya
UMNO di akhir-akhir ini secara terbuka.

Terlanjur memetik tulisan Pak Lah Komunis, dua minggu lepas, dalam kolum yang
sama, dia telah mempersalahkan Islam dan PAS sebagai penyebab Malaysia
(MELAYU) TIDAK BOLEH menjadi Ratu Cantik Dunia.  Apakah beliau ingin jatuh
bersama tergolong dalam mereka yang menghina Islam seperti Mahathir juga?

Sekian.
Ibrahim Baba
18 Disember 2000