Make your own free website on Tripod.com
 


ROYALTI : KAMI BERSAMA TOK GURU



Lunas: Umno Menangis Keanak-anakan
By Man Kubur
 

Ada dua rencana yang menyentuh umno disini, khususnya golongan pemuda mereka. Inilah golongan yang diharapkan dapat menggantikan kepimpinan yang ada. Malangnya mereka lebih banyak mengajar benda-benda yang bukan-bukan kepada generasi akan datang, khususnya yang berada dalam umno sendiri.
 

YANG BERMAIN TETAP DISAYANG

Kadir Jasin menyifatkan sikap Aziz yang bermain-main dengan pendirian sebagai menangis kebudak-budakkan serta tidak serius. Ia mirip satu ugutan dan kepura-puraan untuk menagih simpati orang.
Memang Aziz mengepalai bahagian Padang Serai yang terletak dalam DUN Lunas. Beliau juga mengetahui kempen pemuda di sana kerana Hishamuddin nampaknya lebih seronok berada di luar negara. Yang peliknya ahli UMNO sendiri tidak menyoal Hishamuddin apa yang lebih penting.... satu DUN yang ramai rakyatnya (24,000 lebih) atau kemesraan bersama dua tiga orang kaum. Siapakah yang lebih Hishamuddin sayang dan siapakah yang lebih layak mendapat perhatian?
 
 

YANG LEMBIK TETAP DIBIARKAN

Rencana STAR pula menyebut Dr Shamsul telah mengkritik imej Hishamuddin yang lembik dan agak pondan. Aziz pula dikatakan lemah tidak sanggup menerima kritikkan lalu terus letak jawatan. Bayangkan dengan dikritik sahaja pemimpin 'muda' umno ini sudah mengaku kalah dan terus nak keluar gelanggang.... apakah oang seperti ini boleh diharapkan untuk membela ketuanan? Nak mandi kritik pun tak boleh, inikan nak mandi keringat atau darah. Kalau mandi buih bolehlah saya percaya... kerana inilah spesis pemimpin berwawasan umno yang lahir hasil permit mudah untuk mandi buih dan permit sukar ceramah BA atau ugama.
 

YANG BURUK TETAP DISIMPAN

Kalau umno betul-betul matang, ia sudah lama memecat Aziz kerana gambar beliau menunjukkan muka yang berang siap dengan tunjuk tangan kemuka Suqui memang tidak beradap langsung. Gambar itu jugalah yang tersebar meluas di Lunas. Kesannya petugas-petugas umno termalu dan tidak terjawab! HANYA satu gambar sahaja sudah CUKUP untuk menyahkan BN dari Lunas!! Sikap memanjat pagar dan mengherdik orang bukan budaya melayu, tetapi budaya melayu barua! Dengan mengekalkan Aziz BN nampaknya masih belum pandai belajar..... bersedialah untuk tewas nanti kerana gambar Aziz itu akan MUNCUL LAGI!