Make your own free website on Tripod.com
 
TERENGGANU DARUL IMAN
MEMBANGUN MENURUT ISLAM
"BERSAMA MENGISI KEMENANGAN"
tinta_hijau@hotmail.com

Ustaz Umno jadi peminta sedekah - Astora Jabat
 

Kuala Lumpur 11 Ogos 2000 (Hrkh) - Penulis agama sebuah akhbar harian hari ini mengesahkan dakwaan PAS selama ini bahawa ulama dan ustaz tidak ada tempat dalam Umno.

Penulis itu juga mengesahkan dakwaan PAS selama ini bahawa ustaz dan ulama dalam PAS jika menyertai Umno akan berada di kaki lima parti itu sahaja.

Dalam tulisannya hari ini penulis itu menyifatkan ulama dalam Umno sekarang umpama peminta sedekah yang tidak mendapat layanan yang sewajarnya dari parti itu.

"Paling menyedihkan ialah penceramah Umno yang tidak ada kerja tetap kerana merupakan ustaz-ustaz yang disingkirkan oleh PAS di Terengganu ataupun merupakan bekas ustaz PAS yang menyertai Umno.

"Mereka betul-betul macam orang minta sedekah dan ada yang minta menulis dalam ruangan penulis untuk mendapatkan sedikit rezeki yang halal," tulis Astora Jabat dalam ruangan Agama akhbar berkenaan hari ini.

Menurut penulis itu, penceramah dan ulama dalam PAS mendapat layanan yang sangat istimewa dan berbeza berbanding dengan ustaz dan penceramah dalam Umno.

"Seorang ustaz pernah mendedahkan dalam satu perjumpaan bahawa dia tawar hati untuk pergi berceramah di sebuah negeri.

Kerana, menurutnya negeri berkenaan tidak menjaga kebajikan para penceramah.

"Seorang penceramah yang merupakan bekas ulama PAS mencelah bahawa dia telah mengadakan ceramah seluruh negara semasa kempen pilihan raya lalu menyedari dengan baik perkara ini.

"Yang anehnya keadaan penceramah PAS pula berbeza. Penceramah PAS mendapat bayaran yang sangat baik seperti jelas beberapa orang bekas penceramah PAS yang kini berada dalam kerajaan.

"Seorang penceramah PAS yang dianggap star umpamanya mendapat bayaran lebih mahal daripada sesetengah artis," tulis penulis agama itu lagi.