MAHU PENJELASAN UPI

 
   Setelah berjaya menawan Terengganu Pada pilihanraya umum
ke-10 yang lalu,kerajaan PAS telah membubar UPU yang jelas telah diperalatkan oleh UMNO didalam membina kekuatan pengaruhnya di kampung-kampung.Kemudian Unit tersebut
telah diganti dengan Unit Pembangunan Insan atau ringkasnya UPI
Kerajaan Terengganu telah melantik Al-fadzil Ustaz Ismail bin Osman sebagai Pengarah Unit tersebut.
          Sehingga artikel ini ditulis saya belum menerima atau terbaca
atau terjumpa fungsi sebenar unit ini.Susunan pentadbiranya juga tidak dinyatakan dengan jelas,perlantikkan pegawai lain juga tidak diiklankan.Kita tidak diberitahu secara jelas fungsi serta tugas badan ini.Oleh yang demikian supaya tidak menimbul kekeliruan dikalangan rakyat,supaya juga mereka tidak mengangap Unit ini juga sama seperti UPU maka amat wajar rasanya kerajaan menjelaskan secara teperinci fungsi  UPI.Rata-rata rakyat bawahan
mengangap bahawa UPI adalah ganti kepada UPU.Mungkin perkara ini telah dijelaskan kepada ahli-ahli PAS ,namum bagaimana pula orang biasa seperti saya ini.Walaupun saya bukan
ahli PAS ,tetapi sebagai rakyat negeri Terengganu,saya juga ada hak untuk mengetahui kedudukan sebenar unit tersebut.Walaupun saya bukan ahli {PAS namum saya pengundi PAS sejak 3 kali pilihanraya yang lalu.Semoga wakil kerajaan
negeri tidak keberatan untuk menjelaskanya.Sebaiknya jelaskan didalam akhbar HARAKAH.
 
 
 
 

Pengundi PAS
DUN wakaf Mempelam