HIDUPKAN SEMANGAT KEJIRANAN

 

  Setiu : Menteri Besar Terengganu,Tuan Guru Haji Abdul Hadi  Awang
Mengajak masyarakat kampung mengekalkan budaya gotong royong
dan hidup berjiran supaya keharmonian kampung mereka berkekalan
Katanya,agak mendukacitakan sifat prihatin terhadap keadaan sekeliling sudah lunturn dikalangan masyarakat bandar.
      "Kadang kala ada yang tidak mengetahui jiran sebelah rumah sakit
atau meninggal dunia.Mereka sedar demikian apabila orang ramai datang kerumah jiran berkenaan"jelasnya.
      Beliau berucap merasmikan Majlis Khidmat Baktisiswa Permata
Universiti Sains Malaysia(USM)2000 di Pekarangan Masjid Kampung 
Padang, Setiu 2 April lalu.
      Katanya, kadang kala mereka rela melihat seekor anjing mati di tepi jalan berhari-hari sehingga membusuk dari berusaha menanamnya
pada hal bangkai itu tidaklah sebesar mana.
         Katanya,sikap demikian perlu dihapuskan untuk kebaikan semua
pehak.
         Kira-kira 40 orang anak angkat terdiri dari mahasiswa dari USM diserah kepada penduduk tempatan bagi menjalinkan hubungan baik
antara golongan intelektual dan masyarakat setempat.