TIADA HALANGAN

 

OLEH : SUHAIMI TAIB

Kuala Terengganu :  Tiada halangan sebarang khutbah disampaikan di masjid
dan surau yang tidak bercanggah dengan prinsip Islam dan syarat-ayrat khutbah.
Penolong Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama(pentadbiran dan kewangan) Haji Idris
Che Mat berkata tujuan enekmen di buat ialah supaya khatib tidak bercelaru dalam hal membaca khutbah dan ia bertepatan dengan syaratnya.Katanya soal rukun khutbah mestilah diikuti bagi memastikan solat jumaat dikira sah atau sebaliknya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi semalam."Jika khutbah Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu(JHEAT) tidak bertepatan dengan syarat khutbah maka ia tidak boleh dibaca.begitu juga khutbah yang lain"katanya.
Enakmen bil 170 12/80 JHEAT berbunyi " Pesuruhjaya Agama boleh dengan per
setujuan MAIDAM (Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu),dari semasa ke semasa mengeluarkan arahan-arahan bahawa hanya khutbah yang dikeluarkan
dan diluluskan oleh jabatan(JHEAT),hendaklah dibaca hendaklah dibaca sebagai
khutbah bagi maksud sembahyang juamaat,sembahyang raya atau lain-lain sembahyang yang menggunakan Khutbah.