LESEN HIBURAN DIHAPUSKAN

Kuala Terengganu :   Kerajaan Tidak meluluskan sebarang lesen  premis
 baru pusat hiburan nyanyian solo di seluruh negeri ini sejak awal tahun ini.
      Yang  Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) Haji Mazlan
Ngah ,berkata Kerajaan juga tidak mengizinkan semua hotel menjual arak bagi
menghalang rakyat beragama Islam melibatkan diri dengan minuman yang diharamkan agama itu.
Bagaimana pun kerajaan hanya memperbaharui lesen perniagaan'coffee house'
 kepada dua dari sembilan pengusaha pub yang ada disini.Kedua-dua premis  tersebut  beroperasi di bahagian bawah  bangunan dalam bandar bagi memudahkan MPKT menjalankan pemantauan dari masa ke semasa.
   "kebenaran premis berkenaan hanya untuk orang bukan islam sahaja dan pengusaha premis itu mesti mengambil pekerja dikalangan orang bukan
islam " katanya.
Kerajaan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika arahan ini tidak dipatuhi.
      Sementara itu Kerajaan juga bercadang memisahkan kegiatan kedai gunting antara waniat dan lelaki.Satu undang-undang kecil berkait dengan masalah itu akan digubal tidak lama lagi