MENGENALI UPU

UPU adalah kononnya singkatan daripada Unit Perpaduan Ummah.
Ia sebenarnya adalah Unit Penerangan Umno.Namanya ditukar
kepada Unit Perpaduan Ummah adalah atas dasar untuk beroperasi
di Tingkat Enam Wisma Darul Iman iaitu pusat pentadbiran kerajaan
negeri.Penubuhan unit ini adalah untukmelaksanakan kerja-kerja
penerangan umno dan mengugut orang kampung daripada menyokong {PAS.
Kakitangan UPU ini pada awalnya mempunyai kakitangan seramai 436 orang
kemudian pada november 1999 dua orang telah dipecat,menjadikan jumlahnya
seramai 434 orang.Elaun bagi kakitangan UPU ada berbagai peringkat.Bermula dengan
rm 3800 sebulan sehingga rm400.00 sebulan.Susunan pentadbiranya adalah mengikut
Parlimen,DUN dan cawangan.
Perbelanjaan keseluruhanya adalah sebanyak Rm 283394 sebulan,tidak termasuk
tuntutan perjalanan.
Unit ini juga mempunyai seramai 69 orang kakitangan berpencen.
Satu sumber yang rapat dengan Wisma Darul Iman memaklumkan
bahawa kakitangan di ibu pejabat UPU sebenarnya tidak lagi hadir
bekerja sejak 1 Dis  1999.Ini bermakna mereka telah menyedari hakikat siapa
sebenarnya mereka.Sehinggalah tersiar berita didalam akhbar Berita Harian
bahawa mereka ini di pecat.Berita tersebut di Tulis oleh Sdr Roslan Abdul Rahman
iaitu bekas setiausaha akhbar wan mokhtar dulu.
Kesempatan ini diambil oleh beliaau atas rasa dendam kesumat diatas Kerajaan PAS
Terengganu.
Sementara penubuhan UBI (unit Bina Insan) adalah antara lainya untuk memulihkan
masyarakat yang telah rosak akibat perbutan UMNO.Ianya sedikitpun tiada sintimen politik.
Sumber dari Wisma Darul Iman juga ada menyebut bahawa Kerajaan negeri sedang mengkaji
disudut undang-undang untuk mengambil tindakan keatas Penulis serta Akhbar tersebut.

sekian,semoga dengan penjelasan ini Rakyat Terengganu dapat memahami serba sedikit
kemelut yang timbul.

Lawan tetap lawan....Lubang cacing pun ku cari....awas ko roslan.
 
 

spanar hidup........Spanar @hotmail.com