ROYALTI : KAMI BERSAMAMU TOK GURU
 

Isu Arked Video: Keselematan Negara Diancam

Dalam perbualan dengan seorang tokoh politik parti MCA baru-baru ini, IB
sempat bertanya pendapat beliau berhubung pengharaman permainan video dan
penutupan beberapa arked video di seluruh negara terutama di sekitar Kuala
Lumpur.

Menurut cerita beliau, orang ramai tertipu lagi dalam isu ini.  Orang ramai
tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di sebalik kisah rampasan dan
tangkapan yang dibesar-besarkan dalam akhbar dan media kerajaan.

Beliau mengatakan isu ini adalah berbalik kepada pergolakan yang berlaku di
antara dua pemimpin utama parti MCA.  Pengharaman permainan video adalah usaha
Datuk Seri Dr. Ling Liong Sik (LLS) untuk menghapuskan langsung cabaran dari
Datuk Lim Ah Lek (LAL), dalam perebutan kuasa parti.

Umum mengetahui bahawa pergaduhan dan perebutan kuasa dalam parti sudah amat
parah.  Perpecahan dalam AJK dan ahli parti amat ketara.  Pengaruh LAL sukar
dibendung oleh LLS.  Walaupun pelbagai cara telah dilaksanakan, LAL masih
bernafas dan berpengaruh sekali.  (Macam biasa dengar, kata IB dalam hati).

Pelbagai rentetan peristiwa telah berlaku akibat dari perbalahan kedua-dua
pimpinan parti dokongan utama bangsa Cina ini.  Sesetengah isu dilihat sebagai
isu peribadi dan sesetengah lagi dilihat sebagai isu parti – namun bagi orang
awam, mereka tidak sedar bahawa semua ini adalah hasil perbalahan di antara
LLS dan LAL.  Yang terbaru ini, ialah pengharaman permainan video di arked.

Tokoh parti MCA yang masih aktif ini menyatakan bahawa keseluruhan perniagaan
arked video ini bergerak dan diuruskan secara persatuan ala kartel (semacam
kongsi gelap).  Dan difahamkan juga di kalangan pengusaha-pengusaha dan
persatuannya berdiri teguh di belakang LAL.

Dengan penutupan perniagaan mereka, “kongsi” ini tidak dapat lagi dapat
memberi sokongan padu kepada LAL.  Ini kerana sumber pendapatan mereka
ditutup.  Dan LAL mungkin hilang pengaruh.

Malangnya, bila “kongsi” ini tidak lagi mendapat “pendapatan” mereka, mereka
akan mencari kaedah lain untuk meneruskan pendapatan dan gaya hidup mereka.
Tokoh MCA ini lagi, yang juga seorang yang aktif dalam dunia korporat, amat
faham modus operandi ahli-ahli dan tauke-tauke (pengusaha-pengusaha) ini.
Beliau amat takut dengan kemungkinan ahli-ahli kumpulan ini akan bertindak
kasar dalam mencari pendapatan haram cara lain.

Antara yang beliau takuti berlaku ialah peras ugut dan penculikan akan lebih
banyak.  Beliau juga khuatiri rompakan bersenjata mungkin juga bertambah.
Namun, beliau (yang saya baca menyebelahi LAL) menambah bahawa ini tidak
bermakna LAL mengiktiraf modus operandi ini.

Termasuk di dalam saluran mereka yang mendapat hasil dari aktiviti perniagaan
seperti ini tidak terhad kepada ahli-ahli persatuan dan kongsi ini, tetapi
menurut beliau, pelbagai lapisan anggota dan pegawai polis turut sama
terlibat.  Kesemua mereka ini akan hilang sumber bekalan yang kini dipotong.
 

Beliau menegaskan bahawa beliau sendiri tidak bersetuju dengan modus operandi
ala “kongsi gelap” ini samada dengan menjalankan operasi pusat judi haram dan
permainan video mahu pun jalan-jalan mudah yang mungkin dilakukan oleh mereka
ini.  Namun beliau bimbang setakat kesediaan jentera kerajaan dan kesungguhan
pemimpin kerajaan dalam membendung gejala-gejala ini berlaku.

Beliau merujuk dengan pelbagai usaha yang pernah dilakukan sebelum ini.
Misalnya suatu masa dulu sudah ada usaha menutup tempat-tempat seperti ini.
Beliau juga memetik beberapa insiden (yang dilapor dan juga yang tidak
dilaporkan) peras ugut dan ancaman nyawa sesetengah penguatkuasa dan pegawai
kerajaan tempatan apabila usaha seperti ini pernah dibuat.  Namun, ianya cuma
hangat-hangat tahi ayam.

Sekian
Ibrahim Baba
26 October 2000