Make your own free website on Tripod.com
 
 



WACANA MINDA - SIRI 12.

Sambungan dari siri 11:-

PERHIMPUNAN " TAK MELAYU  HILANG DI DUNIA " ……. ?.

Kementerian Dalam Negeri pada tahun 2000 telah mengistiharkan dan mengarahkan
semua Ketua Polis Daerah tidak meluluskan sebarang permit melibatkan majlis yang
bertemakan " PERHIMPUNAN " .. dan hari ini Ibrahim Al-Kataki berkata pihak POLIS
TELAH MELULUSKAN PERMIT PERHIMPUNAN TAK MELAYU  HILANG  DI DUNIA … cakap tak
serupa bikin KDN dan PDRM … dan sebagaimana juga Mahathir@Mahafiraun.

Kita harus melihat sejarah terdahulu mengenai PERHIMPUNAN YANG BERTEMAKAN ISU
MELAYU telah mengundang perbalahan kaum dan ramai orang yang ditangkap dan
dizalimi dibawah akta zalim ISA ….??? Dan perlu di ingat kalau perhimpunan ini
berlaku juga .. maka telah 3 kali Kg.Baru dijadikan mangsa dan punca perpecahan
serta perbalahan kaum, tapi yang tidak disedari oleh kita.... semua program ini
di taja oleh UMNO@BN … ???

Kita renungi tiga fakta yang menjadikan orang Melayu itu dihina dan dibodohkah
akibat mengikut nafsu-serakah seorang manusia yang bergelar pemimpin dunia
ketiga….yang dari spesis biawak hidup lidah bercabang tiga.

1. Peristiwa Hitam 13hb.Mei.1969 …. Dimanakan bermulanya perisitiwa ini …
bukankah di Kg.Baru dan siapakan memulakanya … bukankah UMNO@BN … dan siapakah
dalang utamanya .. bukankah Mahathir@Mahafiraun tak puas hati pada Almarhum
Tunku Abd Rahman serta PAS.

2. Peristiwa Hitam Operasi Lalang …. Dimanakan bermulanya perisitiwa ini …
bukankah di Kg.Baru dan siapakan memulakanya … bukankah UMNO@BN … dan siapakah
dalang utamanya .. bukankah Mahathir@Mahafiraun tak puas hati pada  Allahyarham
Tun Razak dan Allahyarham Tun Hussein Onn serta PAS.

3. Perhimpunan Tak Melayu Hilang Di Dunia  …. Dimanakan bermulanya perisitiwa
ini … bukankah di Kg.Baru dan siapakan memulakanya … bukankah UMNO@BN … dan
siapakah dalang utamanya .. bukankah Mahathir@Mahafiraun tak puas hati pada
ANWAR IBRAHIM DAN BARISAN ALTERNATIF SERTA PAS.

Adakah kita semua rela kali ketiga orang yang sama menjadi dalang utama kepada
ISU PERKAUMAN ini .. dan kita boleh melihat 100% jawatankuasa sambutan ini
adalah ahli UMNO@BN dan … Ibrahim Al-Kataki memaklumkan majlis ini tidak ditaja
oleh parti politik dan ia tidak akan dipolitikan ….????

Apa kah orang politik seperti Ibrahim Al-Kataki boleh tidak bercakap soal
politik apa bila mikrofon berada dihadapanya …. Dan kalau jenis katak lompat
mana boleh percaya .. dan mustahil orang seperti Rahim Thambi Chik , Suleiman
Mohamad, Mazlan Haron, Suhaimi Ibrahim tidak akan bercakap  politik apabila
berucap dalam perhimpunan ini … serta logo dan konsep POSTER PERHIMPUNAN ini
juga telah menunjukan sikap mereka mahu mengajak lain-lain kaum berbalah dengan
orang Melayu .. kalau dah keris terhunus dengan berlatarkan warna merah .. apa
kah makna ini …..????? kan keris dan warna merah ini adalah sinonim dengan
UMNO@BN ….???

Dan yang lebih menarik lagi .. ketiga-tiga perisitiwa di Kg.Baru ini melibatkan
keluarga Datuk Haron Idris ….!!! Kalau tahun 1969 … Datuk Haron Indris sendiri
menjadi Pahlawan Melayu UMNO@BN .. dan dalam kes Operasi Lalang serta
Perhimpunan Tak Melayu Di Dunia ini… Datuk Haron dan Mazlan Haron yang turut
terlibat … apakah istimewanya keluarga Datuk Haron ini dengan Sejarah
perhimpunan perkauman di Kg.Baru ….???? Dan apakah yang telah disumbangkan oleh
mereka keatas dua sejarah hitam yang terdahulu .. dan mahukah kita melihat
keluarga Datuk Haron Idris dijadikan bahan sejarah kemusnahan Bangsa Melayu
Malaysia … dan relakah para pendokong Datuk Haron Idris ( yang mempertahankanya
bila ia hendak didakwa atas kes pecah amanah wang GUSTI ) .. mahukah kita
melihat Keluarga Datuk Haron Idris dipersalahkan oleh generasi akan datang,
akibat dari ketiga-tiga Peristiwa Hitam ini….???

Dan siapakah akan ketawa besar sehingga bergegar satu dunia …. ????? bukankah
para pendokong YAHUDI serta NASRANI .. yang berselindung disebalik Hak Ketuanan
Melayu yang dinamakan PARTI UMNO@BN serta rakan-rakan yang sewaktu denganya ….
??? dan UMNO@BN jugaklah yang memulakan isu PERPECAHAN DAN KETUANAN MELAYU ini
.. sehingga hari ini orang Melayu didakwa telah retak sejuta di Malaysia ini ..
dan rumpun bangsa Melayu didunia ini telah hancur-mancur seperti UMNO@BN ……???
Apakah untungnya orang Melayu jika dapat menindas lain-lain kaum di Malaysia ini
… dan apakah lain-lain kaum itu bukan anak jati Malaysia yang dilahirkan di bumi
bertuah ini … dan tidak berhak kah mereka sebagai warga negara yang merdeka …..
????

Dan apa lebihnya orang Melayu ini … darah mereka putih kah … darjat mereka sama
taraf Rasullullah kah .. dan orang Melayu sebagai kaum mutlak di Malaysia kah ..
sehinggakan semua teguran dan pandangan demia perpaduan ummah dan bangsa oleh
lain kaum mengenai MELAYU dianggap penghinaan kepada bangsa Melayu itu …..???
Dan apakah sumbangan orang Melayu kepada Malaysia hari ini …. Tak lebih dari
melukut ditepi gantang dan mengharapkan subsidi serta biasiswa (macam badut bagi
gula-gula kat kanak-kanak… tak dapat menanggis sakan ) … kalau ada yang berjaya
(yang glamour aje) … jadi tokoh perniagaan (tapi ditaja dan dapat proxy politik
dalam perniagaan)…jadi artis glamour dedah sana dedah sini….kalau orang Melayu
itu bijak jadi Professor atau Doktor Falsafah …. Mahathir@Mahafiraun kata IJAZAH
YANG DIBERI ADALAH IJAZAH IHSAN SERTA SUBSIDI … apa punya Perdana Menteri boleh
cakap begitu pada para cendiakawan Melayu ….??? Macam kes Tan Sri Ahmad Tajuddin
(TNB) … punyalah bijak dan cekap dalam tugas serta jujur mempertahankan prinsip
… akhirnya dipecat dan hina oleh UMNO@BN … ???? boleh kita kira dengan jari hari
ini berapa ekor .. tokoh-tokoh perniagaan yang berjaya dari bawah … kebanyakanya
terus menjadi jutawan segera .. dan kenapa ekonomi Malaysia 80% dikuasai orang
Kaum Cina …. Bukankan mereka asalnya pendatang .. dan orang Melayu penduduk asal
… kenapa orang yang mendatang lebih berjaya ….??? Dan apabila kaum Cina dan
lain-lain kaum berjaya … kenapa kita orang MELAYU jadi cemburu serta iri-hati ….
Sedangkan kita asyik berbalah nak berebut Proxy serta subsidi dari sang dewata
Mahathir@Mahafiraun ….???

Apakah Islam dan budaya Melayu tidak mengajar kita untuk berusaha dan
berdikari….!!!! Kerana politik di Malaysia yang berlandaskan buku " Delima
Melayu " yang menyebabkan orang Melayu menjadi mundur serta terpinggir dari
segala persaingan …. Dan orang Melayu sendiri menjadi orang yang bodoh akibat
terlalu bergantung dengan subsidi dan momokan kosong si Mahathir@Mahafiraun
….????

Bak Pepatah Melayu " Biar Mati Anak … Jangan Mati Adat " … ini lah pepatah
melayu yang sanggup mengorbankan satu nyawa kerana mempertahankan adat dan
budaya songsang yang sentiasa dicanang oleh UMNO@BN dalam mempertahankan hak
ketuanan Melayu jenis UMNO@BN….???.

Apakah kita mahu mengkastakan kaum-kaum di Malaysia ini …. Tak tak mustahil satu
hari nanti .. lain-lain kaum pulak akan menganjurkan Perhimpunan dan dengan
tegas menolak kaum Melayu sebagai bangsa dan rakyat Malaysia …. Adakah ini yang
dimahukan oleh orang Melayu di Malaysia….. dan diwaktu itu kaum Melayu tiada hak
serta kuasa nak menghalang mereka kerana orang Melayu sendiri telah
membangkitkan ISU PERKAUMAN ini … dan dimanakan hilangnya ucapan yang
berdegar-degar se antero dunia yang kita terdiri dari negara berbilang kaum dan
mengalakkan perpaduan kaum…… serta yang paling uniknya …. Dalam DUNIA INI,
MALAYSIA SATU-SATUNYA NEGARA YANG MEMPUNYAI KEMENTERIAN KHUSUS MENGENAI
PERPADUAN KAUM INI  .. " KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA " …. Tapi kalau kita
melihat kenapa dan puncanya tertubuhnya kementerian ini …ialah kerana hubungan
kaum-kaum di Malaysia adalah lebih gawat serta teruk dari negara lain di dunia
ini … kerana puncanya adalah peristiwa hitam 13hb.Mei.1969 …. ??????

Dan kenapa pula peranan Kementerian Perpaduan ini tidak digembelingkan 100%
untuk memastikan kaum-kaum di Malaysia ini bersatu dibawah satu TEMA .. RAKYAT
DAN BANGSA MALAYSIA YANG BERSATU … kan itu yang lebih baik dan releven …. ????
pasti Kesatuan Cina, Kesatuan India, Kesatuan Kadazan, Kesatuan Iban dan
lain-lain kesatuan yang melibatkan kaum-kaum di Malaysia bergembira serta
berpuasa hati apabila hak mereka sebagai warga negara yang merdeka tidak
dinafikan oleh UMNO@BN serta juak-juaknya…. Bukanya susah … hendak seribu daya
.. kalau dah tak mahu .. berjuta daling boleh diberi .. macam mana sandiwara
Mahathir@Mahafiraun dengan rayuan Suqiu pada pilihanraya umum ke 10 yang lepas
…. Jenis biawak hidup lidah bercabang tiga …..!!! dan kita lihat ramai lagi
pencacai UMNO@BN ini lebih banyak cabang lidahnya …. Kadang-kadang sampai tak
tahu mana satu lidah asli mereka…..??? selalu sangat makan sup lidah
kot….keh..keh..???.

Apakah kita masih mahu menjadikan negara Malaysia ini sebagai negara MELAYU
sehaja .. dan lain-lain kaum boleh blah dari bumi bertuah seperti kehendak
UMNO@BN ….???? Dan kita masih mahu melayan kerenah UMNO@BN yang semakin reput
akibat perbuatan mereka sendiri yang memusuhi orang Melayu yang beragama Islam
serta lain-lain kaum di Malaysia….!!!.

Apa yang ada pada kita kini, tidak lebih dari nafsu serakah dan perasaan hasad
dengki yang berpaksikan           " Delima Melayu " karangan Mahathir@Mahafiraun
…. Apa kah orang Melayu lupa " ISLAM ITU SATU CARA KHIDUPAN " dan hak orang
bukan Islam disisi Allah swt…..apa kah kita masih mahu menidakkan kata-kata
Allah swt dalam Al-Quran dan masih mahukah fatwa dari mereka yang jahil serta
mereka yang amat bencikan Islam …????

Dan peringatan buat UMNO@BN …. PERHIMPUNAN TAK MELAYU HILANG DI DUNIA INI AKAN
MENINGGALKAN SEJARAH HITAM BUAT RAKYAT DAN BANGSA MALAYSIA … kami sendiri akan
memastikan UMNO@BN serta juak-juaknya di hapuskan terus dari muka bumi Malaysia
ini .. dan genarasi akan datang pasti mencela serta menghina seluruh pemimpin
dan ahli UMNO@BN yang terdahulu termasuk diri kalian yang terbabit secara
lansung dalam perhimpunan ini ……????

Percayalah wahai ahli UMNO@BN ….. kami dari BARISAN ALTERNATIF telah berjaya
melahirkan rakyat dan bangsa Malaysia yang bersatu .. kami tidak meletakan kasta
dan darjat di dalam kesatuan kami .. yang utama bagi kami adalah keikhlasan
serta Islam itu menjadi asas kearah Malaysia yang adil .. dan orang bukan Islam
serta kaum selain Melayu dalam BARISAN ALTERNATIF telah bersepakat serta
bermufakat …. Bahawa UMNO@BN serta rakan-rakan yang sewaktu denganya tidak labih
dari hanya mahukan kuasa serta wang ringgit tanpa memikirkan hak serta keadaan
22 juta rakyat dan bangsa kini menjadi penjamin kepada hutang negara sebanyak RM
200 billion dan hamba abdi kepada  UMNO@BN selama mereka memerintah di bumi
bertuah ini.

Akhirnya kami mahu anda sekelian berundur secara terhormat dan pergi jauh dari
bumi Malaysia … biar kami hadapi kesusahan ini dengan cara kami … kami tidak
mahu pencacai UMNO@BN campur tangan dengan urusan negara Malaysia … kami akan
bangkit dari kesusahan ini .. itulah erti perjuangan yang sebenarnya .. dan
ISLAH DAN REFORMASI TOTAL KEARAH MALAYSIA YANG ADIL PASTI DIMAKBULKAN OLEH ALLAH
SWT KEPADA PEJUANG YANG IKHLAS DAN JUJUR., INSYA ALLAH.

" RAKYAT YANG DIJAJAH UMNO@BN "
1hb.Feb.2001-bersambung ke siri 13.