Make your own free website on Tripod.com
ENGKARKAH AHLI PARLIMEN YANG TIDAK MEMBACA KHUTBAH YANG DISEDIAKAN OLEH JHEAT TERENGGANU.

Tiba-tiba sahaja sebuah masjid di daerah Kuala Terengganu menjadi kecuh. Kekecuhan berlaku dek keengganan seorang ahli Parlimen yang dibenarkan membaca khutbah ,sebaliknya tidak membaca teks khutbah yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu.
Pengerusi masjid tersebut tersangat murka kerana enggan mengikut arahan yang diarahkan oleh pihak pejabat agama Islam Negeri Terengganu, lantas bertindak drastic akan melaporkan perkara sebenar kepada Al-Sultan berserta memohon perkenan untuk mengadap.
Tujuan itu ialah untuk mempersembahkan cerita sebenar perihal seorang ahli Parlimen yang dianggap sebagai engkar titah perintah Al-Sultan. Lebih-lebih lagi sebelum khatib naik ke atas mimbar pengerusi terlebih dahulu membaca surat pekeliling arahan bahawa khatib hendaklah membaca teks khutbah jumaat yang disedikan oleh pejabat agama.
Persoalan sekarang apakah yang menyebabkan ahli parlimen berkenaan enggan membaca khutbah yang disediakan oleh pejabat agama. Pada pendapat sahaja memang ada sebab musababnya. Kalau tidak, mustahil ahli Parlimen berkenaan bertindak sedemikian rupa sedangkan pekeliling sudah ada. Malah arahan itu merupakan titah perintah Al-Sultan. Mengapa perlu engkar?
Saya yakin ahli Parlimen berkenaan tidak berniat untuk membuat kecuh dan juga tidak berniat untuk mengengkari titah perintah Al-Sultan. Lebih-lebih lagi Al-Sultan Terengganu sendiri merupakan al-Sultan yang sangat dihormati bukan sahaja dikalangan rakyat, malah boleh dikatakan semua pemimpin PAS menghormatinya.
Tidak berbangkit soal engkar dengan titah perintah Al-Sultan atau sengaja melakukan kekecuhan atau mahukan kepada perpecahan, kerana teks khutbah yang dibaca itu adalah teks bertajuk perpecahan umat Islam. Teks itu adalah wajar dibaca. Lebih-lebih lagi ia sangat bersesuaian dengan isu yang dimainkan oleh pihak kerajaan pusat.
Sehubungan dengan itu pihak kerajaan pusat mengarah raja-raja supaya memainkan peranan untuk mengatasi perpecahan umat Islam, maka Ahli Parlimen yang diberi peluang membaca khutbah menggunakan peluang keemasan seumpama, langkah mengambil keputusan membaca khutbah bertemakan perpecahan umat Islam yang sedia ada itu . Cuma ianya bukan disediakan oleh Pejabat Hal Eh Wal Agama Islam Negeri Terengganu.
Walau bagaimana pun teks khutbah itu adalah khutbah yang dibaca oleh YAB Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Menteri Besar Terengganu diatas mimbar masjid Rusila dan disalin untuk dijadikan teks khutbah.Bukan khutbah yang disediakan oleh Ahli Parlimen itu sendiri.
Apakah tindakan ahli Parlimen yang membaca teks khutbah yang disediakan oleh YAB Menteri Besar Terengganu itu suatu tindakan yang tidak wajar dan ianya haruskah dihukum sebagai engkar dengan titah perintah Al-Sultan.
Khutbah yang dibaca oleh Yab tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang itu bukan setakat wajar dibaca oleh semua khatib  disemua 455 buah masjid di seluruh Negeri Terengganu, malah rakyat juga wajar membacanya kerana isinya bertepatan dengan isu yang dimainkan jika dibanding dengan teks khutbah yang sediakan ada yang mana kebanyakannya sudah lapok dan basi dan mejemukan .
Bukan sahaja isinya sudah lapok malah memalukan, kerana khatib yang ditugas itu mengikut perintah membabi buta tidak pernah mengambil kira ianya sesuai atau semasa. Pernah suatu masa dahulu seorang khatib membaca khatubah yang isunya terkebelakang selama lima belas tahun lepas.
Khatib tersebut menyebut nama Geogre Bush sebagai Presiden Amerika syarikat sedangkan Presiden Amerika Syarikat sekarang, Bill Clinton. Ini sangat memalukan. Banyak lagi perkara-perkara yang tidak manasabah berlaku keatas khatib yang tidak engkar dengan titah perintah sultan.
Tindakan membuat kenyataan akhbar oleh pengerusi Masjid Telok Pasu itu adalah suatu tindakan yang tidak wajar dan tersangat tidak rasional. Malah boleh kita katakana tindakan seumpama itu boleh mengeruhkan lagi keadaan, bukan untuk mengatasi perpecahan.

OLEH
ABDULLAH NGAH
754B Kampung Tuan Mandak
21060 Kuala Terengganu
 TERENGGANU
No kad pengenalan 4031239