Make your own free website on Tripod.com
SEMUA TUJUH YDP KERAJAAN TEMPATAN TERENGGANU
 DILANTIK SEMULA
 
 KUALA TERENGGANU, 5 Jan  -- Kerajaan PAS
 Terengganu melantik semula kesemua tujuh Yang Dipertua Majlis
 Daerah di negeri itu.

 Majlis angkat sumpah jawatan berlangsung hari ini di hadapan
 Menteri Besar Haji Abdul Hadi Awang di Wisma Darul Iman di sini.

 Mereka yang dilantik semula ialah Mazlan Ngah (Kuala
 Terengganu), Wan Zahari Wan Ngah (Kemaman), Engku Mohamed
 Engku Abdul Rahman (Dungun), Wan Abdullah Mahmood (Besut),
 Mohd Alim Muda (Hulu Terengganu), Alias Abdullah (Marang) dan
 Kamaludin Ismail (Setiu).

 Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam
 Sekitar negeri, Wan Muttalib Embong berkata kerajaan negeri
 sedang menyusun semula pentadbiran kerajaan tempatan bagi
 meningkatkan mutu perkhidmatannya kepada rakyat.

 Abdul Hadi pula ketika berucap pada majlis itu berkata majlis
 perbandaran dan majlis daerah merupakan asas pentadbiran
 sesebuah negara dan merupakan pusat bagi kegiatan masyarakat
 yang akan mempengaruhi ekonomi dan pembangunan kerajaan
 negeri.

 Oleh itu, beliau mengingatkan semua YDP itu tentang tugas dan
 amanah penting yang mereka pikul dalam membantu mentadbir
 negeri.