Yusof Noor tak halal guna kerusi sumbangannya 

BESUT, 6 Sept (Hrkh)- Bekas Exco Agama Islam Terengganu, Dato' Dr Mohd Yusof Noor tidak menghalalkan Adun Kampung Raja, Haji Abdul Aziz Abas menggunakan kerusi sumbangannya untuk menyampaikan kuliah di Masjid Nasiruddin Shah, Kampung Raja, dekat sini. 

Surat mengenai perkara itu bertarikh 20 Ogos yang dibuat oleh abangnya, Haji Zakaria telah dihantar kepada Haji Abdul Aziz melalui imam masjid itu pada 21 Ogos lalu, jam 7.02 malam. 

Dalam surat itu dinyatakan bahawa kerusi khas kuliah agama adalah sumbangan peribadi Yusof Noor untuk diduduki oleh orang-orang tertentu sahaja bagi menyampaikan kuliah agama. 

Oleh yang demikian, Zakaria memaklumkan bahawa penyumbang kerusi itu (Yusof Noor) tidak suka dan tidak menghalalkan Haji Abdul Aziz menduduki kerusi itu. 

Haji Abdul Aziz mula menyampaikan kuliah malam Selasa di masjid itu pada awal Ogos yang menggunakan kitab Al Azkar An Nawawiah dan Tarbiyyah al Aulad fil Islam. 

Seramai lima tenaga pengajar termasuk Adun Kampung Raja itu menyampaikan kuliah selepas Maghrib di masjid tersebut.

Salinan surat abang Yusof Nor kepada Ustaz Abdul Aziz.