Boleh percaya ke dengan cakap-cakap Mohd Zahani Sulong?

Mohd Zahani Sulong berkata sudah ramai orang PAS keluar parti kerana tidak puashati dengan pemerintah. Boleh percaya ke dengan berita itu.

Saya rasa berita itu adalah berita fitnah. Tidak lebih daripada itu. Macam mana hendak percaya dengan berita yang ditulis itu sedangkan jawatan ketua Dewan ulama PAS sebenar ialah Ustaz Harun Taib tetapi dikatakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak ada kena mengena dengan Dewan ulama’PAS sekarang.

Inilah kelemahan penulis yang makan upah dengan UMNO.Kalau mungkin bukan kelemahan, tetapi usaha itu mungkin usaha berniat jahat.

Ini menunjukkan Mohd Zahani Sulong sendiri sebenarnya tidak peka dengan perkembangan semasa. Jadi apa-apa yang disebut mengenai PAS sangat-sangat meragukan dan tidak sepatutnya kita percaya dengan berita yang disebarkan melalui tulisannya didada-dada akhbar akhir-akhir ini.

Bagaimana boleh kita mempercayai berita orang pas keluar parti, sedangkan fakta sebenar mengenai hal ehwal Parti Islam se Malaysia itu sama sekali tidak benar.Orang tetap mecurigai apa-apa berita yang disebarkan oleh Mohd Zahani Sulong.

Orang lebih mengenali beliau sebagai seorang penulis yang suka “kelintong” dengan hujah yang bukan main sedap didengar tetapi habuk pun tidak ada.

Mungkin beliau tidak faham dengan wawasan Tuan Guru Haji Abdul Awang Menteri Besar Terengganu, sebab itu dia bercakap “ngabo ngaban” dan bukan-bukan mengenai parti PAS.

Kalau tak tahu menahu dengan wawasan orang adalah lebih baik jangan bercakap, kerana ditakuti akan berlaku kesilapan disana sini yang mungkin mengakibatkan malu diri sendiri.Jangan jadi orang yang bermuka tak malu sudahlah.