Assalamualaikum wbt

    Alhamdulillah...Syukur atas kurniaan Ilahi, kerajaan Pas yang menang p/raya ke-10
    baru-baru ni telah memerintah Terengganu selama genap 100 hari baru2 ni.

    Sempena 100 hari itu juga, media arus perdana terus-terusan mengutuk Kerajaan
    Terengganu. Tajuk rencana di Berita Hairan:"100 Hari Pas Terengganu Tanpa
    Pembaharuan" dan "Media Barat beria-ia puji Kerajaan Pas Terengganu" (dalam hati
    saya menyindir:"Media Kroni beria-ia kutuk Kerajaan Terengganu"...) serta
    berbagai-bagai lagi tohmahan. Sebagai seorang anak Terengganu di perantauan, saya
    meluat membaca berita-berita tersebut. Mungkin sebab itulah saya dan rakan-rakan
    yang lain lebih gemarkan Harakah...lebih tepat lagi "ketagih Harakah". Walaupun diasak
    hebat, namun ternyata pemimpin Pas negeri tidak mudah melatah spt pemimpin UMNO.
    Tahniah Tuan Guru Hj Hadi, Hj Mustafa Ali, Yahya Ali dan lain-lain.

    Kepada semua rakyat Terengganu, marilah kita bersatu padu di bawah pimpinan kita
    sekarang. Semoga keprihatinan yg ditunjukkan oleh wakil rakyat Pas dimanfaatkan
    sepenuhnya utk menyatakan rasa kurang puas hati, meminta bantuan dan sebagainya.
    Saya sebagai anak Terengganu di perantauan berasa ingin selalu pulang ke kampung
    halaman, merasai sendiri keistimewaan 'negeriku', negeri kita...

    Sekian, wassalam.
    wailalliqa'