KEPRIHATINAN !!!
Assalamualaikum wrm wbt
Sdr,
Tulisan Fathi Aris Omar
dalam malaysiakini.com bertajuk 'Guna kereta rasmi
pergi beli nasi lemak' pd 6 jun perlu diberi perhatian sewajarnya.
saya selaku
rakyat negeri ini dan juga ahli biasa parti amat merasakan suasana
tersebut.
Suasana di mana rakyat termasuk ahli pas mengkritik yb2 pas terutama
exco. Saya
bimbang jika ia dibiarkan maka sesuatu yg tak diingini akan berlaku.
Saya amat
berharap agar tindakan segera dpt dibuat oleh pimpinan sendiri seperti
mengadakan dialog, diskusi dsb. YAB MB telah menunjukkan contoh yg
baik bila
mengadakan majlis dialog dgn penduduk di kawasannya. namun yb2 yg lain
nampaknya
tdk memahami isyarat atau contoh yg ditunjukkan oleh yab mb tsbt. Maklumat
yg
sampai kpd rakyat tdk memadai bahkan diragui. Tdk cukup sekadar menerbitkan
buletin darul iman atau warta darul iman. Apatah lagi berita
yg dikeluarkan
semacam berulang2, tdk efisyen dan profesional. Justeru itu perlu diadakan
satu
media penghubung yg lain dlm menangani masalah 'kekeliruan' rakyat.
Nasihun Amin,
Darul Iman
* tolong sampaikan kpd pihak2 yg berkenaan
|