MEDIA DIMINTA
BERSIKAP ADIL
KUALA
TERENGGANU 6 JUN : Setiausaha Dewan Pemuda PAS negeri
Terengganu,sdr
Ariffin bin Draman mengharapkan agar media arus perdana
bersikap
adil serta jujur didalam menyiarkan berita tentang PAS serta
Kerajaan
Negeri.
Beliau berkata demikin ketika mengulas tindakan beberapa akhbar berbahasa
melayu
beberapa hari kebelakangan ini seringkali memutarkan isu-isu yang berlaku
terhadap PAS dan kerajaan Terengganu.
"Sepatutnya kejadian minta maaf oleh sebuah akhbar baru-baru ini
menjadi
iktibar kepada semua pehak"kata beliau."Kes saman malu oleh YB
Tuan
Haji Mustaffa Ali terhadap salah lapur oleh sebuah akhbar pada tahun lalu
,walaupun ianya masih berjalan dan keputusan belum diketahui,ianya
menyusahkan banyak pehak."tambah beliau.
"Walaupun YB Dato'Fadzil Mohd Nor ketika menggulung ucapan penangguhan
dalam Muktamar tahunan PAS ke-46 yang berakhir semalam,mengucapan terima
kasih kepada wartawan yang membuat liputan
yang
luas ,ini bukanlah bermakna mereka boleh membuat lapuran sembarangan"
tegas
beliau.
Ketika menjawab satu soalan dari seorang wartawan dalam sessi
persidangan
akhbar sebaik sahaja muktamar ke46 selesai Dato'Presiden
menegaskan
bahawa ucapan beliau itu bukanlah bermakna beliau setuju dengan
semua
berita yang dilapurkan."Anda mungkin melapur dengan baik,cuma berita tersebut
telah dirosakan oleh editor kamu"
|