Ini bukan gosip.
Bukan juga fitnah. Ini keterangan di mahkamah. Bukan sebarang orang cakap.
Ini
seorang peguam
terkenal yang cakap. Dia jadi saksi kepada Anwar Ibrahim. Namanya Manjeet
Singh Dhillon.
Manjeet pernah pegang jawatan Presiden Majlis Peguam Malaysia. Tentu dia
tak
cakap bohong.
Cakap bohong di mahkamah boleh dihukum penjara.
Apa peguam Manjeet
Singh cakap? Dia beritahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa
Timbalan Pendakwaraya
Abdul Gani Patail telah menyebut nama Perdana Menteri Mahathir
Mohamad semasa
pertemuan Manjeet dengan Gani untuk membincangkan perkara-perkara
berhubung kes
anak guamnya S. Nallakarupan.
Ketika disoal
dalam Mahkamah Tinggi oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Yussuf Zainal Abidin,
Manjeet berkata
cara nama Mahathir disebut oleh Gani Patail dalam pertemuan itu jelas bertujuan
untuk menyatakan
kepadanya bahawa ada pihak yang sedang memerhatikan semua aspek
perbicaraan
di mahkamah, termasuk kes Nallakarupan. Cakap mudah yang tak berlapik membawa
maksud bahawa
Mahathir sedang memerhatikan semua perkara berhubung kes Anwar, termasuk
kes Nallakarupan.
Menurut Manjeet
inti pati percakapannya dengan Gani berpusat kepada usaha Gani mencuba
mendapatkan
kerjasama Nallakarupan supaya memfitnah bahawa Anwar terlibat dengan
wanita-wanita.
Manjeet memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Ariffin Jaka bahawa dia bertemu
Gani di Pejabat
Peguam Negara pada 2 Oktober 1998.
Menurut Manjeet,
"Apa yang nampak dalam pertemuan itu ialah percubaan yang ketara bagi Gani
untuk mendapatkan
keterangan dari seseorang (Nallakarupan) secara memeras ugut dengan
menggunakan
nyawa orang itu (nyawa Nallakarupan) sebagai barang taruhan. Manjeet memberitahu
mahkamah bahawa
Gani memberitahunya bahawa mereka mencari keterangan dari Nallakarupan
(fitnah yang
direka) bagi pihak Perdana Menteri. Gani mahukan keterangan daripada Nallakarupan
‘berkenaan wanita’".
Gani mengugut
nyawa Nallakarupan. Manjeet berkata Gani memberitahunya yang membawa
maksud Nallakarupan
akan terlepas dari hukuman mati jika dia sanggup mereka-reka cerita fitnah
bahawa Anwar
ada hubungan dengan beberapa orang wanita. Gani pada mulanya tidak berapa
pasti
berapa wanita
yang patut dikaitkan dengan Anwar. Gani mengagak-agak dan mereka-reka.
Bilangannya
bermula dari dua, kemudiannya jadi tiga dan akhirnya sampai lima. Demikian
cerita
Manjeet di mahkamah.
Kalau Nallakarupan tak sanggup turut kehendak mereka, Gani Patail
mengugut bahawa
nyawa Nallakarupan akan melayang.
Nallakarupan,
seorang ahli bisnes dan bekas rakan tenis Anwar Ibrahim. Dia ditahan pada
31 Julai
1998 dan dituduh
memiliki peluru secara haram di rumahnya dibawah ISA yang boleh membawa
hukuman mati
mandatori.
Jadi, apa yang
didedahkan oleh peguam Manjeet Singh Dhillon di mahkamah pada 13 Jun ini
sangat
serius. Ini
menunjukkan bagaimana seorang pegawai tinggi Pendakwaraya telah menyalahgunakan
kuasa.
Anwar Ibrahim
mendakwa dia menjadi mangsa satu konspirasi tertinggi. Ini salah satu buktinya.
Di
mana pegawai
pejabat Peguam Negara bernama Abd Gani Patail telah terlibat memeras ugut
Nallakarupan
supaya memfitnah Anwar. Bukan sahaja Jabatan Polis, tetapi Jabatan Peguam
Negara
dan Mahkamah
juga telah berkonspirasi untuk mensabitkan Anwar dengan tuduhan yang
direka-reka
oleh musuh-musuh politik bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Pada 12 Jun bekas
Ketua Pengarah BPR, Shafie Yahya, juga seorang saksi bagi Anwar Ibrahim
telah menyebut
nama Mahathir di mahkamah. Dia berkata Mahathir telah memerintahkannya
memberhentikan
siasatan kes rasuah ke atas bekas Ketua Pengarah EPU, Ali Abul Hassan
Sulaiman. Pada
13 Jun peguam Manjeet Singh Dhillon pula menyebut nama Mahathir di mahkamah.
Jadi adakah bekas
Ketua Pengarah BPR, Shafie Yahya dan bekas Presiden Majilis Peguam
Malaysia Manjeet
Singh Dhillon bercakap benar? Kita boleh yakin mereka berdua bercakap benar.
Tetapi dalam
mahkamah kita mahu dengar cakap dari kedua-dua belah pihak. Jadi kita mahu
dengar
apa kata Mahathir
pula. Namanya telah banyak kali disebut dalam mahkamah. Semuanya membawa
tuduhan belaka.
Bunyi cakap kedua-dua mereka, jelas Mahathir telah berbuat salah. Kesalahan
jenayah pula.
Ada kes wang, kes rasuah dan kes ugut nyawa pula!
Kalau mahu dibuktikan
kebenaran dan ditegakkan keadilan, maka Mahathir perlu dipanggil datang
ke mahkamah
untuk memberi keterangan. Di sini jelas Mahathir relevan untuk dipanggil
menjadi
saksi dalam
kes Anwar Ibrahim. Mahathir mesti berani datang ke mahkamah untuk membersihkan
dirinya dari
anggapan berkonspirasi memusnahkan Anwar Ibrahim. Jika Mahathir terus lari
ketakutan untuk
memberi keterangan di mahkamah, maka semakin jelaslah bahawa teori konspirasi
yang disebut
Anwar Ibrahim itu ada asasnya. Kasihan Anwar. Dia jadi mangsa permainan
kotor
para konspirator.