|
||
Saya merasa bangga di atas kejayaan Parti
PAS mengambil alih
pemerintahan Negeri Terengganu. Alhamdulillah.... kejayaan ini sungguh menakjubkan. Saya juga sempat mengundi di sana almaklumlah pertama mengundi dapat pangkah empat kertas. 2 kertas mengundi bagi pihak. Semasa balik ke Terengganu melintas di kampung Rusila kampung Tuan Guru Menteri Besar terdapat kesesakan jalan raya dari kedua2. Hari tersebut Jumaat jam 11.30 pagi. Kesibukan tersebut disebabkan mereka yang mendengar kuliah Jumaat balik. Apa yang saya kesalkan tidak ada kawalan menyebabkan saya terperangkap hampir setengah jam. Tidak kah ada pengawal lalulintas di situ? Apa yang mendukacitakan peniaga-peniaga yang meletak kenderan, malah gerai mereka dibahu jalan menyebabkan kesesakan lalu lintas tersebut. Dimanakah kawalannya. Perkara ini juga akan menyebabkan kemarahan pengguna lain yang ada urusan penting dan juga untuk saya pada ketika itu hendak ke Dungun dan bersembahyang jumaat di sana. Diharapkan pada masa hadapan adakan kawalan dan penguatkuasaan bagi melicinkan perjalanan pengguna lain. Saya berbangga dengan perkembangan pengunjung ke Mimbar Rusila mendengar setiap ceramah dan kuliah di situ tetapi sumbangan pengunjung dapatlah digunakan bagi memberi perkhidmatan untuk membangunkan lagi tempat itu. sekian Wassalam ZAHAN |
||
|