Amin Sapiro (menanti pelangi pagi)
"BARISAN ALTERNATIF" TUMBUH DARI BISIKAN HATI NURANI RAKYAT
TANPA merungkai sejarah tumbuhnya Barisan Alternatif (BA), seseorang
yang mengikuti perkembangan politik negara ini pasti akan terdorong untuk
membuat rumusan bahawa Barisan Alternatif (BA) sudah benar-benar menjadi
cabaran paling sukar dipatahkan oleh regim Mahathir @ Barisan Nasional.
Tidak boleh dinafikan kini bahawa Barisan Alternatif (BA) sudah menjadi
"focal point" penganalisis politik (tempatan dan luar negara). Orang tidak
sedemikian cenderung lagi membicarakan masa depan UMNO/BN. Sebaliknya,
penganalisis politik, ekonomi dan sosial merasa lebih bermanfaat mentelaah
sekitar "future" negara ini yang bakal dirangkarancang oleh pemimpin Barisan
Alternatif (BA).
Pemimpin dunia maju dan para pelabur asing sudah putus kata bahawa Malaysia
bukan lagi sebuah negara yang wajar jadi minatan mereka untuk meletakkan
harapan. Hakikat ini amat merugi kita. Rakyat harus "tepuk dada tanya selera"..!!
Anwar Makin Menguasai Politik Malaysia
Regim Mahathir dan pemimpin Barisan Nasional tak putus-putus mencemuh
Barisan Alternatif (BA) kununnya tumbuh dari desakan simpati yang sempit
terhadap nasib Anwar.
Media arus perdana cetak dan letronik telah dipaksa supaya pro Regim
Mahathir dan Barisan Nasional. Mereka diarah supaya membuat liputan berita
dan rencana bepaksikan "equation" kununnya "REFORMASI = RUSUHAN". Jika
engkar, "editor in chief" akan ditendang keluar!!
Maka terpancarlah dikaca TV dan diupahlah penulis-penulis betahap cendekiawan
"Lebai Malang @ Profesor Cangkung " dari kampus-kampus Universiti tempatan
supaya menulis rencana pro Regim Mahathir, UMNO Baru dan Barisan Nasional.
Dihubungkaitkanlah, kununnya UMNO Baru adalah parti yang pernah berjasa
sejak 43 tahun silam, parti yang memerdekakan negara parti yang tumbuh
dari asakan Anti Malayan Union.
Tetapi, jika seseorang itu mengkaji dan metelaah sejarah UMNO dan melakukan
analisis secara "compare dan contrast", maka pasti akan didapati satu senarai
panjang pelbagai perbedaan ketara antara UMNO Baru dan UMNO Lama. Yang
tunjang, UMNO/BN adalah dikuasai oleh seorang Diktator yang sudah "hilang
arah". Keadaan inilah yang memberi gambaran jelas apa sudah jadi kepada
BN Baru dan BN Lama.
Satu kesimpulan yang nyata ialah: seseorang penganalisis politik akan
nampak bahawa Regim Mahathir dan pemimpin UMNO, MCA, MIC dan GERAKAN yang
menganggotai Barisan Nasional sudah jauh terpesong dari wadah perjuangan
yang diamanah dan tuntut rakyat semua kaum sejak negara ini merdeka.
Barisan ini dan para pemimpin parti itu makin terpisah, tersingkir dan
telah putus hubungan dengan rakyat. Mereka tidak dapat lagi membaca hati
rakyat dan apa jua yang mereka lakukan tidak bertujuan untuk memberi kesejateraan
rakyat.
Makin hari makin nampak bahawa Regim Mahathir dan pemimpin Barisan Nasional
sekarang, terlalu banyak karenah dan melakukan bermacam-macam perkara yang
bertentangan dengan norma budaya, hasrat dan kemampuan rakyat menerimanya.
Mereka tidak lagi mengamalkan Keadilan, sebaliknya melakukan segala bagai
kekejaman dan Kezaliman terhadap rakyat.
Sebagai bukti, apa yang dilakukan oleh Regim Mahathir dan pemimpin Barisan
Nasional sekarang, samada rancangan yang dikatakan mereka sebagai "pembangunan",
pengendalian dan perlaksanaan undang-undang dan pentadbiran, perioriti
dan fokus pembangunan ekonomi dan sosial, pentadbiran wang rakyat, keutamaan
Belanjawan Negara, konsep keadilan dan perakuan hak asasi rakyat dll, -
sudah hancur dan tunggang-terbalik.
Disinilah keterampilan dan karisma Anwar makin tampak menguasai politik
Malaysia. Sehingga, ke ceruk dunia mana juga Mahathir pergi dan berwawancara,
bagi audience yang hadir: Anwar seolah-olah sedang duduk memerhatikan Mahathir
sedang BERBOHONG bontang..!!
REFORMASI dan Pengembalian Kesejahteraan Rakyat
Persoalan yang timbul dihati rakyat sekarang ialah: sampai bilakah negara
ini dipaksakan oleh Regim Mahathir dan pemimpin Barisan Nasional supaya
terus-menerus bergolak, bergejolak dan statik. Walhal negara ASEAN yang
lain dan seluruh negara Tenggara Asia sudah melupakan kemelesetan ekonomi
yang melanda dua tahun dulu.
Regim Mahathir dan pemimpin Barisan Nasional semacam tidak sedar bahawa
rakyat sudah sampai ketahap "tidak yakin" lagi kepada BN dan komponen yang
menggotainya - lebih-lebih lagi dengan Mahathir sendiri menerajui parti.
Malah, desas-desus sudah terdengar bahawa bukan saja Barisan Alternatif
(BA) yang mencabar kepimpinan Mahathir dan mendedahkan gejala Rasuah, Nepotisma
dan Kronisma yang "menggila-gila" dikalangan pemimpin BN; pemimpin UMNO,
MCA, MIC dan GERAKAN sendiri sedang mengalami perpecahan sesama sendiri
atas sebab-musabab dan faktor yang sama.
Bermakna, BN sendiri sedang menunjukkan kecenderungan untuk menghayati
konsep "Reformasi" yang dilaungkan oleh Anwar.
Apa yang menakut Regim Mahathir dan pemimpin Barisan Nasional yang korup
itu ialah, pemimpin pertengahan komponen Barisan Nasional sendiri sudah
tidak yakin Mahathir dan pemimpin Barisan Nasional yang ada akan termampu
menandingi dan mengimbangi REFORMASI yang cicetuskan oleh Anwar; dan diperhebat
oleh Barisan Alternatif (BA).
Apa akan jadi dalam Pemilu 2003/4 kelak??
(bersambung)
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)