TERENGGANU DARUL IMAN

DATUK IDRIS JUSOH TAK FAHAM ISLAM TULEN

OLEH
AN

Yang paliknya masih ada pemimpin UMNO yang bernama Datuk Idris Jusoh menganggap YAB Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Menteri Besar Terengganu berdolak dalih dalam bicara dengan pengarang Utusan Zaman dan penolong pengarang Kumpulan Akhbar Utusan Malaysia.

Kita tidak faham mengapa beliau (Datuk Idris Jusoh) beranggapan sedemikian rupa, sedangkan segala jawapan melalui bicara itu telah dijawap dengan seikhlas-ikhlasnya.

Beliau (YAB Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang) tidak sekali-kali berdolak dalih dalam memberi jawapan.Tetapi malangnya mengapa dituduh sedemikian rupa.

Mungkin Datuk Idris Jusoh tidak tahu apakah yang dikatakan berdolak-dalih sebab itu dia masih menuduh YAB Tuan Guru Haji Abdul Hadi bersikap begitu.

Kita percayai bahawa orang Islam yang berfahaman sosialis tidak faham dengan Islam yang tulen, lebih-lebih lagi Islam yang difahaminya ialah islam yang sudah diselewengkan oleh orentasi barat.

Kalau beliau memahami Islam tulen sudah barang tentu beliau tidak berkata demikian terhadap jawapan Yab Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam bicara tempoh hari.
 
Allah telah menjelaskan kepada kita bahawa kita ini adalah sebaik-baik umat sepertimana firman Allah yang bermaksud: “ Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan sebagai manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka: diantara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang yang fasik” (surah ALIMRAN AYAT 110).

Ayat diatas telah menjelaskan kepada kita bahawa sedikit sahaja orang yang beriman,maka yang selebihnya ialah orang yang fasik.

Siapakah sebenarnya mereka itu? Mereka itu ialah orang yang kelihatan zahirnya baik, malah mereka juga sering melakukan kebaikan, tetapi kebaikan mereka itu ada udang di sebalik batu.

Untuk menjelaskan lagi watak mereka bahawa mereka adalah pelakon-pelakon diatas pentas dunia ini atau lebih jelas lagi mereka itu “bertopengkan” Islam yang sudah diselewengkan oleh barat.

Mereka ini juga petangnya sembahyang dan pagi kufur (mempersenda-sendakan hukum Allah). Kalau mereka tidak fasik mana mungkin mereka tergamak berbuat demikian sedangkan Allah telah menjelaskan sesiapa yang mempersendakan hukum Allah, maka kufurlah mereka.

Kalau kamu seorang yang beriman mana mungkin kamu tergamak mengeluarkan perkataan  saya akan pastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN UMNO tidak akan melaksanakan hukum hudud.

Kalau kamu seorang yang beriman mana mungkin kamu tergamak mengeluarkan perkataan apabila hukum rejam batu sampai mati kepada pezina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah orang Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sngat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja dan kehidupan.

Kalau kamu seorang yang beriman mana mungkin kamu tergamak mengeluarkan perkataan seperti hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik.

Kalau kamu seorang yang beriman mana mungkin kamu tergamak mengeluarkan dan setuju dengan perkataan seperti sukar dilaksanakan huku syara’ kerana Malaysia bukan 100 peratus Islam.

Kalau kamu seorang yang beriman mana mungkin kamu tergamak mengeluarkan dan setuju dengan perkataan seperti; Hukuk rejam kepada pezina adalah primitif.

Kalau kamu seorang yang beriman mana mungkin kamu tergamak mengeluarkan dan setuju dengan perkataan seperti: Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidak secucuk dengan ajaran Islam.

Kalau kamu orang yang beriman mana mungkin kamu tergamak mengeluar dan setuju dengan perkataan seperti; apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walaupun keadaan hingga mendatangkan mudharat kepada orang islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum hakam yang boleh melemahkan lagi orang islam mesti dilaksanakan.

Kalau kamu orang beriman mana mungkin kamu tergamak mengeluarkan dan setuju dengan perkataan seperti; bukan kerana melaksanakan hukum hudud sahaja kita boleh Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.

Kalau kamu seorang yang beriman mana mungkin kamu tergamak mengeluarkan setuju dengan perkataan seperti’ selamat pagi sama dengan assalamulaikum dan orang mati syahid tidak dimandikan kerana di Arab dahulu tidak ada air.

Saya yakin ucapan seumpama ini terbit dari mulut-mulut orang yang fasik dan sudah tentu mereka prejudis dengan usaha kumpulan yang hendak melaksanakan hukum hakam islam diatas muka bumi Allah ini. Jadi apa-apa yang dilakukan oleh orang beriman semuanya ditentang bulat-bulat hatta tindakannya boleh menyebabkan mereka kufur.Sekian