BESUT - Seorang penulis dan wartawan
berpengalaman kelahiran Besut mencabar Timbalan Pengerusi Perhubungan
Umno Terengganu, Idris Jusoh, supaya
menjawab analisisnya mengenai kejatuhan Terengganu ke tangan PAS, yang
merupakan hasil kesedaran rakyat jelata
Terengganu sendiri, terhadap kezaliman, penyelewengan dan kemungkaran
pemimpin-pemimpin Umno. Penulis tersebut,
Mohd Nasir Awang, 35 tahun, membuat cabaran berkenaan sempena
menyambut terbitnya buku karangan beliau
yang menganalisa cerita-cerita kesedaran rakyat Terengganu, hingga
mereka sepakat menolak Umno/BN dalam
pilihanraya 29 November lalu. Judul buku tersebut ialah "PAS Mampu Pimpin
Malaysia".
"Perubahan menyeluruh ini adalah hasil
kesedaran rakyat sendiri. Mereka sudah mengalami sendiri pemerintahan
Umno/BN, khususnya di bawah Tan Sri
Wan Mokhtar Ahmad selama 25 tahun. Ke mana perginya duit royalti Petronas
beratus juta ringgit setiap tahun, sedangkan
nasib rakyat miskin tidak dibela?" kata Mohd Nasir kepada wakil kami di
Terengganu.
"Datuk Idris Jusoh kalau dia baca buku
ini dia akan faham mengenai hati budi rakyat Terengganu. Dan bila dia faham,
saya harap dia akan berhenti membuat
kerja-kerja menentang Tok Guru Haji Hadi, yang menyebabkan rakyat semakin
marah kepada dia dan Umno," tambahnya.
Mohd Nasir menyeru Idris dan pimpinan
Umno Terengganu supaya berhenti membuat kerja sia-sia menghasut rakyat
membenci PAS. "Rakyat Terengganu telah
kenal benar apa dia Umno dan apa dia PAS. Hanya pemimpin-pemimpin
Umno yang tak kenal rakyat sendiri,"
katanya lagi. Buku "PAS Mampu Pimpin Malaysia" juga memaparkan sejarah
PAS
di Terengganu; menghuraikan biografi
pemimpin-pemimpin PAS yang menjadi Exco Kerajaan Negeri Terengganu hari
ini; dan membincangkan kemampuan PAS
untuk memerintah Malaysia.
Mohd Nasir mencabar Idris Jusoh dan pimpinan
Umno/BN Terengganu umumnya, supaya menjawab tulisan beliau
dalam buku ini, bagi membuktikan dakwaan
mereka bahawa rakyat Terengganu telah membuat kesilapan dalam
pilihan raya lalu.
"Umno jangan cuba lari daripada realiti
hari ini dengan mengungkit perkara-perkara lama seperti 'Amanat Haji Hadi'
dan sebagainya. Hadapilah realiti yang
ada hari ini," kata Mohd Nasir.
Dapatkan buku "PAS Mampu Pimpin Malaysia"
karya Mohd Nasir Awang terbitan bermutu PENERBITAN PEMUDA
dipasaran .Untuk keterangan lanjut hubungi
kami 03-40230175 .Pengedar Pengedar diperlukan diseluruh Malaysia
!.Pastikan anda memiliki buku ini .
"DETIK SUDAH MATI! HALANG PENCABULAN KDN TERHADAP KEBEBASAN MEDIA"