MEMBANGUN MENURUT ISLAM "BERSAMA MENGISI KEMENANGAN" |
Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja telah didakwa
di
bawah Seksyen 337B Kanun Keseksaan kerana kononnya mereka telah
meliwat Azizan
Abu Bakar antara bulan Januari hingga Mac 1993, di Tivolli Villa Bangsar
antara
jam 7.30 malam hingga 8.30 malam.
APA YANG BERLAKU DALAM MAHKAMAH SEBELUM INI ?
1) Azizan menyatakan bahawa dia tidak pernah di liwat selepas tahun 1992.
2) Azizan menyatakan bahawa dia kena liwat atas tilam dan katil.
3) Azizan menyatakan bahawa dia diliwat pada hari kerja dan tidak pernah
kena
liwat dalam bulan Ramadhan.
4) Azizan menyatakan bahawa dia di liwat dalam bilik yang ada penghawa
dingin
(air condition).
5) Tuduhan telah di pinda beberapa kali, mula-mula Anwar di tuduh dalam
tahun
1994, selepas doktor yang memeriksa Sukma mengesahkan tiada kesan koyak
pada
dubur Sukma yang dikatakan Azizan telah dilewat oleh Dato’ Seri Anwar
secara
bergilir-gilir dengannya dan kesan ini hanya akan hilang selepas 6
tahun, maka
tuduhan di pinda ke tahun 1992. Tetapi setelah peguam Anwar menyatakan
tuduhan
ini tidak berasas kerana pada tahun 1992, Tivolli Villa belum siap
di bina.
Dengan tanpa rasa bersalah Pendakwaraya sekali lagi telah meminda tuduhan
tersebut sehingga ke tuduhan sekarang iaitu pada tahun 1993.
ALIBI YANG DI KEMUKAKAN OLEH PEGUAM DATO’ SERI ANWAR YANG MEMBUKTIKAN
ANWAR
TIDAK BERADA DITEMPAT KEJADIAN.
1 Januari hingga 12 Februari 1993
- Liwat tidak berlaku kerana tilam
dan katil hanya di beli dan sampai di Tivolli Villa pada 12 Februari
1993. Bukti
pembelian dan nota penghantaran dan catatan pengawal keselamatan Tivolli
Villa
di kemukakan di mahkamah.
4 Februari hingga 17 Februari1993
- Anwar berada di London, Frankfurt dan
Paris bersama Tun Daim dan Ali Abul Hasan kerana mempromosi IOFC Labuan.
Passport Antarabangsa Anwar di kemuka di mahkamah.
18 Februari 1993
- Anwar diraikan dalam
Jamuan Makan Malam oleh Menteri-menteri Luar Pertubuhan Negara-negara
Islam
(OIC) di Kuala Lumpur.
19 Februari 1993
- Anwar membawa isteri dan
anak-anaknya menyaksikan pertunjukan Walt Disney’s on Ice di Kuala
Lumpur.
20 Februari 1993
- Anwar berada di
Permatang Pauh menghadiri Program Bersama Rakyat dan mempengerusikan
Mesyuarat
UMNO Bahagian. Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang mengesahkan kehadiran
Anwar.
21 Februari hingga 23 Februari 1993
- Anwar berada di Bangkok menghadiri
Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan ASEAN. Duta Malaysia di Bangkok,
Dato Zainal
mengesahkan kehadiran Anwar. Sekali lagi Passport Antarabangsa Anwar
di
kemukakan kepada mahkamah.
23 Februari hingga 24 Mac 1993
- Anwar kembali ke tanahair. Tarikh
ini merupakan hari permulaan puasa dalam tahun 1993 iaitu 1 Ramadhan.
25 Mac 1993
- Hari Raya Pertama.
Anwar mengadakan rumah terbuka meraikan rakyat yang mengunjungi beliau
di
Kediaman Rasminya.
26 Mac 1993 hingga 27 Mac 1993
- Anwar berhari raya bersama keluarga
dan rakyat di Pulau Pinang.
28 Mac 1993
- Anwar berhari raya
bersama keluarga mertuanya di Kuala Lumpur.
29 Mac 1993
- Anwar menerima
kunjungan rakan-rakan lamanya di MCKK di rumahnya.
30 Mac 1993
- Anwar menerima
kunjungan rakan-rakan lamanya dari kalangan ABIM dan pergerakan Islam
yang lain
di rumahnya.
31 Mac 1993
- Anwar menghabiskan
masa sehari suntuk menghadiri sambutan Majlis Hari Raya di rumah Menteri
Kabinet
dan Pegawai Tinggi Kerajaan.
Nota Penting : Kontraktor yang mengubah suai rumah Sukma Darmawan di
Tivolli
Villa memberitahu mahkamah bahawa penghawa dingin (air condition) hanya
siap di
pasang pada 2hb April 1993.
Keterangan-keterangan ini tidak pernah di pertikai dan tidak pernah
di cabar
pihak pendakwa yang di ketuai oleh Peguam Negara Tan Sri Mokhtar Abdullah.
Oleh yang demikian, tidak ada sebab kenapa Dato’ Seri Anwar Ibrahim
boleh
didapati bersalah dalam kes ini. Kita yakin Dato’ Seri Anwar
akan di bebaskan
dari tuduhan liwat ini dan sekaligus dibebaskan dari tuduhan pertama
yang hanya
akan wujud jika tuduhan liwat ini benar.
Kepada Dato’ Seri Anwar, SELAMAT KEMBALI KE PANGKUAN RAKYAT!!!!!