Menurut sumber kerajaan negari. Haji Idris telah meletak jawatan terakhirnya sebagai Hakim Mahkamah Tawau secara bersara pilihan dan dijangka memulakan tugas barunya pada 1 julai ini.
Pesuruhjaya Hisbah adalah jawatan eksekutif yang diletakkan dibawah Jawatankuasa Hisbah kerajaan yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas.
Jawatankuasa ini adalah jawatankuasa baru yang diwujudkan di Terengganu bagi memenuhi janji Manifesto Berisan Alternatif dalam pilihanraya umum ke-10 lalu.
Ia
ditubuhkan bagi memantau perjalanan kerajaan dan menyiasat sebarang aduan
salah laku pihak kerajaan dan kakitangannya.