PAS
JANGAN JADI SERUPA UMNO?
Komentar Tarmizi Mohd Jam Iklan: Dapatkan terbitan tidak berkala “MEMO: Umno 2000 Untuk Dijual?” dengan harga RM4.80 sen senaskah. Hubungi emeil isu_mlaysia@hotmail.com segera! Kebimbangan akar umbi PAS terhadap gejala metarialistik, gila pangkat, orputunis dan sikap suka fitnah-memfitnah sesama sendiri, bukan sahaja akan menguntungkan Umno sebaliknya akan menggagalkan usaha parti untuk berada di pihak yang benar. Sejak PAS menguasai Kelantan, dan menawan Terengganu, pelbagai cerita dan berita yang memualkan turut meniti dari bibir ke bibir. Fenomena ini ditambah pula dengan kemenangan besar parti itu di parilimen dan Dun yang masing-masing dikutip dari negeri-negeri seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Pahang. Kini, PAS sudah ramai yang bergelar Yang Berhormat atau YB. Sudah lebih enam bulan berulang-alik ke Dun dan Parlimen, pelbagai feel dan perangai yang “kurang selesa” didengar dan disebut-sebut oleh orang, dari pelbagai lapisan. Orang kampung, orang terpelajar, pegawai kerajaan, orang Umno sendiri, malah kalangan aktivis-aktivis PAS-pun “menyedari” reality yang sedang dihadapi oleh parti akibat ada YB-YB yang kurang mahir bersilat dengan PR (public relation) atau teknik perhubungan awam sewaktu bertemu dan berjumpa anak buah masing-masing. Ada pula YB yang tidak tahu langsung “prosedur” pada majlis kerajaan, gagal menyelami hati budi masyarakat sekelilingnya, malah ada juga yang “kedekut” dan “tahi hidung masin”! Seperti yang dibangkitkan oleh akhbar talian
internet malaysiakini, awal bulan ini, berkenaan adanya YB-YB atau Exco-Exco
Kerajaan PAS (mungkin Kelantan atau mungkin juga Terengganu) yang berlagak
seperti “raja”; enggan turun dari kereta Marcedesz mereka, hanya melambai-lambai
tangan sahaja kepada para pinggiran, telah memulakan episod baru politik
PAS yang selama ini dianggap “zuhud” dan “tawaduk”!
Sejak YB-YB kita sudah mahir jenis dan jenama Mercedez yang mereka kenal setelah memerintah Kelantan dan yang terbaru Terengganu, Memiliki kereta mewah itu, rasanya bukan lah salah atau berdosa. Tetepi “piagam” orang-orang Umno yang dibawa sama untuk “menggayakan” kereta mewah itu telah melarat kepada kritikan tajam ahli-ahli dan orang ramai. Budaya tidak mahu turun kereta hingga sampai ke tangga, berbangga dengan adanya driver, kereta Mercedsz yang mewah berkilat, menjadi “persembahan” yang mual dilihat oleh para pendokong akar umbi parti. Itulah yang dimaksudkan sama serupa Umno! Itu bukan kereta mereka! Ia milik kerajaan negeri. Sama ada Exco atau pengerusi-pengerusi anak syarikat kerajaan negeri, mendapat kemudahan itu. Kereta inilah yang juga digunakan oleh pemimpin Umno dan BN dulu. Baik di Terengganu mahupun di Kelantan. Kritikan tajam tadi, rasanya ditujukan kepada cara gaya atau “persembahan” pemilik kereta itu mungkin dilihat jauh bezanya ketike mereka menyeret kereta Proton Wira atau Mercedez Benz 200 Disel model injen 123 yang didaftarkan sekitar tahun-tahun 1978-1984. Sudah sepatutnya, ahli-ahli dan para pendokong PAS terkejut melihat “karenah” Exco-exco kerejaan negeri menggayakan kereta mewah itu. Kerana semuanya bersaiz besar, baru berkilat-kilat dan sisi berkuasa tinggi. Mercedesz S320, E-Class 280, 300-Se, 300-Sel, S-200 dan banyak lagi. Kritikan tajam itu hanya untuk mengingatkan para pemimpin PAS yang sudah mula “gila” dan “mengintai-intai” kereta mewah dari jenama Mercedesz atau Volvo mahupun Pajero. Semua ini untuk menepati “cita-rasa” mereka sebagai YB. Bukankah itu juga sama serupa Umno? Tidak bolehkan YB-YB kita menggunakan kereta “rakyat” yang biasa dan tidak berbau mewah? Akar umbi sebenarnya bimbang dengan “budaya” itu. Ia boleh mengheret YB-YB mereka ke kancah yang lebih parah untuk dikawal. Hidup dengan “mewah” setelah baru bangkit dari “kepayahan” tidak mungkin membolehkan dimengertikan. Realiti tentunya berbeza dengan teori yang selalu dikumandangkan dalam ceramah, tazkirah atau usrah-usrah. Hari ini, boleh dijawan itu kereta negeri. Esok lusa pula itu menjadi kereta sendiri. Timbul tanda-tanya, dari mana datangnya duit membeli kereta mewah itu? Kalau kereta sudah mewah, tentu juga hidup merekapun mewah! Bolehkah mereka ini memimpin PAS lagi? Atau memperjuangkan nasib rakyat marhain? Satu ciri penting dalam budaya politik Umno hingga menyebabkan hampir tercabut kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap parti itu ialah sikap materialistic yang melampau hasil dari ajaran Mahathir Mohamad yang menjadi Presiden Umno dan Perdana Mneteri Malaysia. Untuk menuju ke arah “melampau” itu, sudah tentulah ia bermula dari sikap materialistic kecil-kecilan, “itu tak apa”, “ini untuk izzah kepada musuh” dan sebagainya menjadi “alas an” yang cukup tersentuh untuk didengar. Setelah merasa “seronok” dengan kehidupan yang “mewah” dari kemudahan kerajaan negeri, gaji ataupun pelbagai elaun, akar umbi PAS sebenarnya bimbang jika semua kemudahan itu ditarik balik, mereka yang terbabit tidak boleh menerima reality ini. Mungkin ada yang dapat menghidu “keupayaan” mereka berdepan dengan persoalan itu, maka sepanjang berada dalam kerajaan negeri, mereka akan bertungkus lumus pula mengejar “pangkat” bagi membolehkan pelbagai peluang “kemewahan” menyebelahinya. Inilah permulaan kepada materialistic melampau. Akhirnya, tuduh menuduh, caci-mencaci, fitnah-memfitnah
memburu setiap cerita dan berita buruk yang melanda YB-YB dan parti PAS.
Golongan “orputunis” dalam parti, laju kedepan mendabik dada “kununnya”
mereka telah bagi tahu lama dah, telah ingatkan dari dulu lagi dah, jangan
“pilih” dia sebab begini-begini-begini.
Bukankah ini juga sama serupa dengan Umno?
Kritikan ini bukan hanya pada mereka yang mendapat manfaat dari kemudahan
kerajaan negeri, tetapi mereka yang bergelar YB. Banyak kawasan, setelah
“menang”, pelbagai masalah timbul dari dalam parti ekoran kemenangan itu
dan ini membuktikan “tarbiyyah” kita selama ini “kurang berkesan”. Apa
yang tragiknya, mereka yang memimpin usrah yang dikenali “naqib” banyak
berlagak “dia lebih tahu”, “dia lebih bijak” hingga menolak pandangan orang
lain dan bermulalah perpecahan dalaman!
|