MEMBANGUN MENURUT ISLAM |
PENUBUHAN JKKK
Rupa-rupanya pandai juga Sdr. Zakaria Dagang berjenaka, mengucapkan
tahniah kepada
Kerajaan Persekutuan yang telah menghidupkan kembali JKKK yang telah
berkubur
apabila BN di Terengganu tewas di dalam pilihan raya pada November
lalu. Syabas
saudara Zakaria....Bukankah itu gentleman namanya !!! Persoalannya
sekarang,
mampukah/mahukah JKKK di Terengganu bersikap gentleman sepertimana
ditunjukkan
oleh Kerajaan Pas Negeri?
Diketahui umum bahwa JKKK merupakan punca utama majoriti pengundi menolak
UMNO di
Terengganu kerana sikap angkuh,rasuah dan kronisma mereka yang diwarisi
dari
pemimpin-pemimpin mereka. Menyedari hakikat ini UMNO yang menerajui
Kerajaan
Persekutuan memberi nyawa baru kepada JKKK yang telah mati bertujuan
menawan
kembali sokongan rakyat Terengganu kepadanya. JKKK akan berpura-pura
mengubah
sikap dan tabiat buruk mereka demi imbuhan yang berlipat ganda untuk
mencapai
hasrat UMNO. Dengan longgokan wang yang tiada hadnya, mereka akan menabur
bakti
untuk menawan hati rakyat. Tanpa menyedari/mengsyaki kepura-puraan
JKKK ini
masyarakat yang berasa diri mereka terabai oleh Kerajaan Negeri akan
menganggap
JKKK ini sebagai pembela mereka.
Kerenah wakil-wakil rakyat, samaada ADUN ataupun exco yang negetif pula
akan
menambah ketidak-yakinan masyarakat terhadap Kerajaan Pas. Bibit-bibit
kerenah ini
telahpun ditegur oleh sdr. Tarmizi Mohd Jam dengan, pada pendapat saya,
penuh
keikhlasan. Selain dari itu terdapat pula anasir-anasir yang ingin
melihat
kembalinya UMNO memerintah Terengganu di dalam institusi-institusi
kerajaan
seperti pejabat daerah, kebajikan masyarakat, penghulu dsb. Tindak
tanduk mereka
ini akan membenamkan keperihatinan, malahan akan menyuburkan perasaan
kecewa
rakyat, terhadap kerajaan Pas. Oleh itu, pembelaan JKKK akan lebih
terserlah di
kalangan masyarakat. Dengan itu adalah diharap agar Pemimpin-pemimpin
kerajaan
peka dengan akibat yang akan menimpa Pas dan mengambil segala betuk
tindakan yang
boleh menggagalkan hasrat UMNO ini.
Jelas kelihatan bahwa JKKK yang dihidupkan semula itu merupakan penumbuk
sulong
UMNO untuk merampas kembali pemerintahan mereka di Negeri Terengganu.
Haruskah
kita mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Kerajaan Persekutuan
yang
mewujudkan senjata yang kelak akan membunuh kita?? Zakaria Dagang sungguh
pandai
berjenaka!!
Sekian, terima kasih.
Watchdog "
--