KUALA LUMPUR, 10 Dis -- Perdana Menteri Datuk
Seri
Dr Mahathir Mohamad melantik sembilan menteri baru,
menukar
portfolio beberapa menteri dan menggugurkan tiga
menteri apabila
mengumumkan kabinet barunya hari ini.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kekal sebagai Timbalan
Perdana
Menteri dan Menteri Dalam Negeri manakala Tun Daim
Zainuddin
masih memegang portfolio Kewangan.
Dr Mahathir membuat kejutan dengan mengumumkan pelantikan
Datuk Musa Mohamed sebagai Menteri Pendidikan.
Musa akan
dilantik sebagai senator.
Menteri baru yang lain ialah Tan Sri Bernard Dompok,
Datuk Dr Rais
Yatim, Datuk Dr Fong Chan Onn, Datuk Ong Ka Ting,
Datuk Nazri
Abdul Aziz, Datuk Hishammuddin Tun Hussein, Datuk
Effendi
Norwawi dan Datuk Azmi Khalid.
Datuk Seri Najib Tun Razak kembali ke Kementerian
Pertahanan
dari Kementerian Pendidikan manakala Tan Sri Muhyiddin
Yassin
berpindah ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
Dan Hal
Ehwal Pengguna dari Kementerian Belia dan Sukan.
Tiga menteri yang digugurkan ialah Datuk Amar Dr
Sulaiman Daud
(Pertanian), Datuk Dr Ting Chew Peh (Perumahan
Dan Kerajaan
Tempatan) dan Datin Paduka Zaleha Ismail (Perpaduan
Negara Dan
Pembangunan Masyarakat).
Dr Mahathir bagaimanapun mengekalkan dua lagi menteri
wanita --
Datuk Seri Rafidah Aziz di Kementerian Perdagangan
Antarabangsa
Dan Industri dan Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman
yang berpindah
ke Perpaduan Negara Dan Pembangunan Masyarakat
dari Jabatan
Perdana Menteri.
Menteri kanan lain yang terdiri daripada pemimpin
parti komponen
Barisan Nasional dikekalkan pada portfolio masing-masing.
Presiden MCA Datuk Seri Dr Ling Liong Sik kekal
sebagai Menteri
Pengangkutan, Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu
sebagai
Menteri Kerja Raya dan Presiden Gerakan Datuk Seri
Dr Lim Keng
Yaik, Menteri Perusahaan Utama.
Datuk Seri Syed Hamid Albar kekal sebagai Menteri Luar.
Dengan pelantikan Dompok, Sabah, sebagaimana juga
Sarawak,
kini mempunyai tiga wakil dalam Kabinet. Yang lain
ialah Tan Sri
Kasitah Gaddam (Tanah Dan Pembangunan Koperasi)
dan Datuk
Pandikar Amin Mulia (Jabatan Perdana Menteri).
Menteri dari Sarawak ialah Datuk Amar Leo Moggie
(Tenaga,
Komunikasi Dan Multimedia), Datuk Law Hieng Ding
(Sains,
Teknologi Dan Alam Sekitar) dan Effendi.
Dengan pelantikan Azmi bermakna Perlis sekarang
mempunyai
seorang menteri Kabinet buat kali pertama.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Tengku
Razaleigh
Hamzah, yang diramalkan akan dilantik sebagai menteri,
tiada
dalam senarai pelantikan yang diumumkan itu.
Terengganu juga tidak mempunyai wakil dalam Kabinet
itu
memandangkan Barisan Nasional tewas bagi semua
lapan kerusi
Parlimen yang ditandinginya di negeri itu pada
pilihan raya umum
bulan lepas.
Lima daripada sembilan menteri baru itu merupakan
mereka yang
dinaikkan pangkat daripada timbalan menteri. Mereka
ialah
Hishammuddin, Azmi, Nazri, Fong dan Ong.
Datuk Paduka Dr Abdul Hamid Othman, yang tewas bagi
kerusi
parlimen Sik pada pilihan raya lepas, dilantik
semula ke portfolio
sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau
akan dilantik
menjadi senator.
Ramai di antara mereka yang dilantik sebagai timbalan
menteri
adalah muka baru. Mereka termasuk Tengku Azlan
Sultan Abu
Bakar, Khaled Nordin, Datuk Anifah Aman, Datuk
Zainal Dahlan,
Datuk Tan Kee Kwong, Dr Ng Yen Yen dan Tiki anak
Lafe.
Bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib
dilantik sebagai
Timbalan Menteri Pengangkutan manakala bekas Ketua
Menteri
Melaka Datuk Abu Zahar Isnin sebagai Setiausaha
Parlimen di
Kementerian Dalam Negeri.
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk
Shariff Omar
mengambil alih jawatan Timbalan Menteri Pertanian.
Kementerian Pendidikan akan menyaksikan pasukan
baru
keseluruhannya dengan pelantikan Senator Datuk
Aziz Shamsuddin
sebagai Timbalan Manteri dan Datuk Dr Mahadzir
Mohamad Khir
sebagai Setiausaha Parlimen, untuk membantu Musa.
Datuk Ong Tee Keat, yang dahulunya menjadi Timbalan
Speaker
Dewan Rakyat, dilantik sebagai Timbalan Menteri
Belia Dan Sukan.
Datuk G. Palanivel, dahulunya Setiausaha Parlimen
Kementerian
Perpaduan Negara Dan Pembangunan Masyarakat, mengambil
alih
jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar
manakala
Datuk Shahrizat Abdul Jalil, yang dahulunya Setiausaha
Parlimen
Kementerian Belia Dan Sukan dinaikkan pangkat sebagai
Timbalan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Turut dinaikkan pangkat ialah Datuk Dr Shafie Salleh,
daripada
Setiausaha Parlimen ke Timbalan Menteri di Kementerian
Kewangan.
Datuk Chor Chee Heung pula dinaikkan pangkat daripada
Setiausaha Parlimen di Kementerian Pangangkutan
menjadi
Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Seorang lagi Timbalan Menteri Dalam Negeri ialah
Datuk Zainal
Abidin Zin yang baru dipilih menjadi anggota Parlimen.