KUALA TERENGGANU,
Rabu - Kerajaan Pas Terengganu menjelaskan, kharaj dicadangkan
diperkenalkan
di negeri ini walaupun Kelantan, yang sudah lama diperintah Pas belum berbuat
demikian
kerana kegiatan
ekonomi dua negeri itu berbeza.
Pengerusi Jawatankuasa
Pendidikan, Dakwah dan Pelaksanaan Syariah, Harun Taib berkata kegiatan
ekonomi di
Kelantan berbeza dengan keadaan di Terengganu.
"Di sini kerajaan
mempunyai keupayaan untuk menghapuskan cukai kerana sumber ekonomi negeri
terutama
daripada kegiatan
berlandaskan petroleum dan gas memberi keuntungan kepada kerajaan dan ia
akan
diagihkan
kepada rakyat melalui penghapusan cukai itu," katanya.
Beliau memberitahu
pemberita demikian selepas majlis Ihya Ramadan di Kolej Agama Sultan Zainal
Abidin
di sini malam
tadi. Harun ditanya sama ada sistem itu akan dilaksanakan di Kelantan,
yang juga di bawah
kerajaan Pas.
Di KOTA BHARU,
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata kerajaan Pas Kelantan
hanya
akan membuat
keputusan sama ada memperkenalkan kharaj atau sebaliknya, selepas mendapatkan
pandangan
di seminar mengenai cukai itu yang dianjurkan oleh kerajaan Pas Terengganu.
Menurutnya,
beliau sendiri akan menghadiri seminar itu dan semua soal jawab serta kritikan
akan
dipertimbangkan,
sebelum melaksanakan cukai kepada bukan Islam di Kelantan.
Beliau membidas
media di negara ini yang didakwanya terkenal dengan sifat berat sebelah,
menyebabkan
cadangan Terengganu
itu menjadi satu isu hangat dikritik, khususnya di kalangan masyarakat
bukan Islam.
Sementara itu,
Harun berkata kerajaan Pas Terengganu akan mengadakan perbincangan dengan
Kerajaan
Pusat sebelum
melaksanakan cadangannya untuk mengenakan kharaj terhadap bukan Islam di
negeri ini.
Katanya, perbincangan
itu perlu supaya tidak ada pertindihan antara kharaj dengan cukai pendapatan
yang
dikenakan
Kerajaan Pusat.
Menurutnya,
kerajaan negeri akan membuat enakmen mengenai perkara itu dan dibawa kepada
Kerajaan
Pusat supaya
kharaj dikecualikan daripada cukai pendapatan seperti dilaksanakan bagi
bayaran zakat oleh
umat Islam.
"Masalah sekarang
ialah masyarakat belum memahami konsep kharaj yang masih di peringkat perancangan
dan kajian
oleh kerajaan negeri," katanya.
Beliau menjelaskan,
kharaj terbahagi kepada dua iaitu Kharaj Wazifah, berupa pungutan mengikut
kesuburan
dan kesesuaian
tanah walaupun tanpa hasilnya, dan Kharaj Muqasamah, pungutan terhadap
setiap kegiatan
ekonomi yang
sudah mengeluarkan hasil.
"Kesemua pungutan
itu akan digunakan untuk kebajikan orang bukan Islam juga, sebagaimana
pungutan
zakat digunakan
bagi manfaat masyarakat Islam sendiri," katanya.
Harun berkata,
apabila sudah ada kerjasama dengan Kerajaan Pusat, bukan Islam mempunyai
pilihan sama
ada ingin
membayar cukai pendapatan seperti sekarang atau membayar kharaj yang dikenakan
antara lima
hingga 10
peratus daripada hasil kegiatan ekonomi mereka.
Katanya, apabila
cadangan kharaj itu diluluskan sebagai enakmen, satu badan yang menguruskannya
akan
dibentuk untuk
memastikan urusan pungutan dan pentadbirannya berjalan lancar.
Mengenai kenyataan
DAP untuk menyaman kerajaan Pas Terengganu jika melaksanakan kharaj, Harun
berkata beliau
tidak terkejut jika DAP, MCA dan organisasi bukan Islam melenting kerana
mereka belum
mendapat penerangan
sebenar mengenai bentuk cukai terbabit.
Sehubungan itu, katanya, DAP dan masyarakat bukan Islam akan diberi penerangan mengenai sistem itu.
"Islam sudah
ada peruntukan untuk masyarakat bukan Islam dalam pelbagai bidang. Apabila
tiba masanya
untuk kita
laksanakan kharaj ini, kita akan beri penerangan kepada semua masyarakat
terutama bukan Islam.
"Ini baru perancangan
dan kajian mengenainya masih lagi dijalankan. Tunggulah apabila ia akan
dilaksanakan
baru kita
beri penerangan," katanya.