|
MEMBANGUN MENURUT ISLAM |
BERAKHIRNYA SEBUAH LAWAK BODOH
Seperti yang telah dijangkakan lawak bodoh yang dipentaskan oleh orang-orang
suruhan Mahathir Muhamad di Grik berakhir
dengan meleset seperti tayar pancit. Lawak bodoh yang tidak lawak ini
gagal seratus peratus untuk mencapai tujuannya.
Eksekutif brief dan skrip yang telah disedia adalah seperti berikut:
1 – Satu gerombolan merampas senjata. Mereka akan dibabitkan dengan
anasir-anasir tentera yang pro reformasi dan
penyokong teguh Anwar Ibrahim.
2 - Gerombolan ini hanya mengikut arahan dari Jabatan Perdana Menteri dan pihak atasan polis. Dan bukan dari pihak tentera.
TUJUAN:
1 – Membusukkan parti Barisan Alternatif.
2 – Membusukkan Parti PAS dan gerakan Islam.
3 – Menakut-nakutkan orang ramai agar mereka kembali menyokong kerajaan.
4 – Mendorong anasir-anasir reformasi yang berfikiran cetek dan bantut
politik untuk turut sama berlakon dalam lawak bodoh.
TUJUAN ANTARABANGSA
1 – Tekanan hebat dari dunia luar tentang ISA. Pertubuhan Bangsa
Bangsa Bersatu sedang dilobi oleh NGO luar negara dan
Amnesty International agar ISA dibincangkan. Kemungkinan tekanan ekonomi
akan di kenakan ke atas Malaysia sehingga ISA
dimansuhkan. Tindakan gerombolan lawak bodoh ini dipentaskan ke mata
dunia agar rakyat dunia melihat bahawa Malaysia
masih memerlukan ISA kerana ada ektremis Islam.
2 – Untuk meyakinkan State Department Amerika, CIA, IMF, Mossad, ISD
( SB Singapura) dan Bank Dunia bahawa jika Umno
jatuh maka yang mengambil alih ialah ektremis Islam. Malaysia dibawah
Umno lebih selamat.
TETAPI SEMUANYA GAGAL KERANA:
1 – Najib tidak tahu langsung perancangan ini. Dia telah membuat pelbagai
kenyataan yang bukan dari skrip asal. Ini menjadikan
lawak bodoh bertambah bodoh.
2 – Beberapa jeneral telah marah dan malu. Mereka memberi tekanan kepada
Najib. Najib pula meminta Abdullah Badawai
menyelesaikan lawak ini dengan segera sebelum pihak tentera menjadi
lebih marah lagi kepada Mahathir.
3 – Ada beberapa individu penting dari Bukit Aman dan Jabatan Perdana
Menteri yang tidak bersetuju dengan lawak bodoh ini.
Mereka sengaja mensabotajnya dengan mengeluarkan pelbagi kenyataan
yang bercanggah.
4 – Media yang menjadi alat penting dalam pementasan awak bodoh ini
telah hilang kredibilitinya. Tidak ada sesiapa pun yang
mempercayai berita lawak bodoh ini dengan sepenuhnya. Pelbagai soalan
telah ditimbulkan.
PENGAJARAN DARI LAWAK BODOH MAHATHIR
Rakyat Malaysia telah semakin cekap dan dapat menilai semua berita.
Rakyat tidak boleh lagi ditipu dengan senang seperti
dahulu. Media alternatif memainkan peranan penting untuk mentertawakan
lawak bodoh Mahathir ini. Syabas untuk rakyat
Malaysia.
Nukilan,
Abdul Hakim