"Ini adalah di antara beberapa usul yang akan
dibincangkan pada mesyuarat agung persatuan pada
bulan depan," kata Pengerusinya Hassan Ismail
kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Hassan berkata mesyuarat itu akan diadakan pada
13 Mei dan dijangka dihadiri kira-kira 1,000 orang
nelayan.
Beliau berkata usul lain meminta kerajaan
memberikan peruntukan khas untuk mendalamkan
muara sungai Terengganu yang semakin cetek, dan
memberikan masalah kepada bot-bot nelayan untuk
keluar dan masuk.
Hassan berkata selain itu, persatuan akan meminta
syarikat-syarikat yang melaksanakan projek
pembangunan di kawasan nelayan, mengutamakan
pekerja anak tempatan, terutamanya anak nelayan.
Katanya, persatuan akan memberikan bantuan
kepada anak-anak anggota PNKTS yang mendapat
keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Rendah Pelajaran
(SRP) yang lalu, katanya.
Beliau berkata di samping itu, persatuan juga akan
menyampaikan hadiah kepada pelanggan-pelanggan
yang banyak membeli minyak dan barangan lain
daripada persatuan.
-