|
MEMBANGUN MENURUT ISLAM |
KENYATAAN KHAS PN MARINA YUSOFF
LAPURAN PALSU UTUSAN MALAYSIA
27.06.2000
Saya merujuk kepada kenyataan muka depan Utusan Malaysia yang bertarikh
27 Jun 2000
yang menyatakan “Penglibatan saya dalam keADILan membuang masa. Saya
tidak pernah
ditemuramah atau berjumpa dengan mana-mana pemberita daripada Utusan
Malaysia dan
kenyataan ini berasaskan fitnah dan pembohongan. Ini sengaja diada-adakan
untuk
mengelirukan penyokong-penyokong keADILan dan membuat penyokong-penyokong
saya marah
dan benci terhadap saya. Ini bertujuan menghasut.
Saya akan ambil tindakan yang sewajarnya terhadap Utusan Malaysia dimasa
yang sesuai.
Sebelum pada ini Utusan Malaysia juga telah biasa mengenakan saya dengan
membuat
kenyataan palsu yang menyebabkan pihak polis naik marah terhadap saya
dan sengaja
membawa kes Mei 13 terhadap saya, yang saya masih menghadapi di Mahkamah
Seksyen
Butterworth yang akan diteruskan pada 18 Julai 2000. Saya berharap
semua
penyokong-penyokong keADILan bertenang dan jangan terpengaruh atau
naik marah dengan
kenyataan yang palsu ini kerana saya tetap dengan pendirian saya untuk
menegakkan
keadilan dan kebenaran. Malahan hasrat saya untuk membebaskan Dato
Seri Anwar
Ibrahim, kerana saya percaya dia teraniaya, masih dalam agenda utama
saya.
Perbezaan pendapat dan cara perjuangan antara saya dengan Dr Chandra
Muzaffar tidak
sepatutnya dijadikan isu untuk menyebabkan pendokong-pendokong keADILan
merasa kecewa
dan tidak sepatutnya dijadikan asas untuk merosakkan perjuangan menegak
keadilan dan
kebenaran.
Saya adalah salah satu daripada orang yang mengasaskan Parti Keadilan
Nasional.Saya
sangat bangga bahawa satu Parti yang berjuang menegakkan keadilan untuk
rakyat
berkembang dengan begitu hebat dalam amsa setahun.
Saya terpaksa mengundurkan diri dari Parti Keadilan nasional keran tugas-tugas
saya
sudah selesai dan atas sebab kesihatan. Demi untuk keselamatan parti
dan
penyokong-penyokong saya, saya telah berkorban untuk mengundurkan diri
daripada Parti
supaya parti ini boleh teruskan perjuangan dengan lebih mantap dan
akan mencapai
kejayaan yang cemerlang pada pilihanraya yang akan datang.
HAJJAH MARINA YUSOFF
(TANDA TANGAN BELIAU)