MEMBANGUN MENURUT ISLAM |
MARINA TEPERANGKAP?
Rakan-Rakan BA,
Hari ini 27.06.2000 sekali lagi kita digemparkan dengan berita dari
media perdana mengenai Marina Yusof. Apakah sebenarnya
berlaku ke atas beliau?. Pasti akan didedahkan di laman-laman reformasi
sedikit masa lagi. Biarlah orang UMNO tersenyum
gembira dahulu. Harapan saya rakan-rakan BA jangan mudah tergugat keyakinan
dan kepercayaan terhadap keAdilan sekaligus
perpaduan BA.
Saya masih ingat lagi sewaktu ceramah yang disampaikan oleh Dato' Harun
Din dimana beliau memberitahu hadirin satu malam
Datuk Zahid hamidi telah datang ke rumah beliau. Sememangnya beliau
masih berhubungan baik. Zahid datang untuk memohon
maaf di atas sebuah buku yang telah berada di pasaran yang 'mengutuk'
ulama yang di tulis oleh Datuk Zahid Hamidi. Walhal
sebenarnya penulisnya adalah orang lain. Begitulah jadinya apabila
diri sudah 'tergadai' kepada Mahathir apapun yang hendak
dibuat ke atasnya terpaksa mendiamkan diri.
Adapun 'tergadai' kepada Mahathir ini berpunca dari pelbagai sebab.
Datuk Zahid mungkin sebab hutangnya yang terpaksa
dibayar kepada Bank setiap bulan khabarnya tidak kurang RM150,000.00!!.
Marina Yusof pula masih belum pasti apa sebab
sebenarnya. Yang pasti berita yang tersiar itu boleh dimanipulasikan
oleh kuncu-kuncu Mahathir.
Sahabat-Sahabat Sekelian,
Kebelakangan ini banyak tulisan dilaman Reformasi seakan cuba melagakan
PAS dan KeAdilan. Contohnya tohmahan PAS tidak
membantu KeAdilan di Teluk Kemang!.
Saya sendiri 4 kali ke Gelangang Teluk Kemang dan melihat sendiri Gerakan
PAS bersama. Kalau kita singgah sembahyang
Zohor di Masjid pastinya kita akan bertemu dengan rombongan PAS dari
seluruh pelusuk negeri. Seperkara lagi bukankah PAS
yang lebih kedepan menubuhkan 36 cawangannya di Parlimen Teluk Kemang.
Dimanakah KeAdilan bertapak untuk bergerak kalau
tidak dibantu oleh PAS?.
Bagi saya usahlah kita membuang masa di laman-laman reformasi mendedahkan
perkara 'negatif' tentang BA. Jika ada yang tak
puas hati atau kurang faham atau kurang maklumat carilah dahulu dari
mereka yang lebih arif untuk penjelasannya. Cadangkan web
PAS dan KeAdilan tubuh ruang komen, cadangan dan kritikan supaya mereka
boleh menjawab terus kepada setiap kemuskilan
atau ketidakpusahatian.
Sudahlah media BN menghentam kita setiap waktu dan ketika mengapa mesti
kita pula saling menghentam sesama kita?. Yang
lebih penting kita harus tanya sejauh mana kematangan politik yang
ada sebelum membuat sebarang komen negatif. Kita perlu
juga fikirkan apakah impaknya terhadap pembaca.
Kesimpulannya saya rasa apa yang di tulis oleh Amin Sapiro perlu diteliti
dan dilakukan. Katanya "Agenda mendedahkannya wajib
diteruskan. Makin perlu ditambah dengan contoh-contoh benar dan analisa
terperinci kerana rakyat mahu tahu untuk pertimbangan
sebelum mereka membuat keputusan di peti undi".