MB Selangor dijemput berkuliah agama di Kelantan
KOTA BHARU, 21 Okt - Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo
kemungkinan dijemput khas untuk menyampaikan kuliah agama di
Kelantan
termasuk di Masjid Pulau Melaka, dekat Kota Bharu tidak lama
lagi.
Pegawai Penerangan Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan, Ustaz
Buniyamin
Yaakub berkata, beliau akan membuat cadangan itu kepada kerajaan
negeri
untuk membolehkan rakyat Kelantan mendengar kuliah agama yang
disampaikan
oleh Dr Mohd Khir.
"Mana-mana Menteri Besar kerajaan Barisan Nasional (BN) di negara
ini yang
berminat untuk menyampaikan kuliah agama juga akan turut dijemput.
"Langkah ini dibuat bagi mencerminkan sikap keterbukaan kerajaan
yang
berlandaskan Islam untuk membolehkan ilmu Islam disebarkan kepada
seluruh
rakyat di negara ini, tanpa ada hak sempadan," k! atanya di
sini.
Beliau yang begitu kesal dengan kenyataan Dr Mohd Khir yang berbau
sentimen
politik, memperlihatkan seorang pemimpin BN begitu terdesak
dan ketandusan
pemikiran sehingga sanggup mencabar kewibawaan ulamak.
Katanya, kenyataan Menteri Besar Selangor yang masih baru itu
dilihat
bercanggah dengan dasar penerapan nilai-nilai Islam yang dicanang
sendiri
oleh Umno.
"Dia juga sepatutnya menghayati maksud al Quran surah Al Baqarah
ayat 114
yang bermaksud, 'Siapa lagi yang lebih zalim apabila menyekat
orang lain
menggunakan masjid untuk mengingati Allah'," katanya.
Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ustaz Mohamed Daud berkata,
perkembangan
terbaru yang belaku di Selangor, mencerminkan negeri berkenaan
cuba menyekat
syiar agama disebarkan kepada rakyat.
Menurutnya, tindakan yang dilakukan kerajaan Selangor melalui
Jais jelas
sekali cuba menyekat syiar Islam yang semakin berkembang di
seluruh negara
seka! rang.
"Sepatutnya sebagai seorang pemimpin, mereka perlu mengh ayati
ayat-ayat al
Quran dan Hadis Nabi Muhamad saw mengenai kewajiban menyebarkan
agama Allah.
"Sepotong Hadis Nabi Muhamad SAW yang bermaksud, `Sesiapa yang
menyembunyikan ilmu (agama) nescaya Allah membelenggu mulut
mereka dengan
api neraka," katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah, Belia
dan Hal
Ehwal Wanita negeri berkata, berdakwah adalah menjadi kewajiban
kepada orang
Islam biarpun berada di mana sahaja.
Baru-baru ini, Jais menghantar surat kepada Menteri Besar Kelantan
yang
bertarikh 10 Oktober 2000 bagi melarang Nik Abdul Aziz berceramah
agama di
masjid dan surau seluruh Selangor.
Larangan itu dibuat ekoran jemputan menyampaikan ceramah agama
di Surau Al
Husna, Taman Selasih Fasa 1 pada 15 Oktober lalu.
Pada program tersebut sepatutnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyampaikan
ceramah agama bersama Adun Gombak Setia, Dato' Ismail Kamus.
Bagaimanapun Menteri Besar Kela! ntan hanya hadir pada majlis
tersebut dan
mengimami solat Maghrib, manakala ceramah hanya disampaikan
oleh Dato'
Ismail.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz mematuhi arahan Jais supaya tidak berceramah
pada
program tersebut biarpun hadir pada awalnya.
Surat kontroversi tersebut ditandatangani Pengarah Jais, Haji
Mansur Ramli
yang turut dialamatkan kepada Menteri Besar Selangor, Setiausaha
Kerajaan
Negeri dan Ketua Polis Selangor.
Adun Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamat berkata, isu yang berlaku
terhadap
Jais sekarang adalah sebahagian daripada fobio yang sudah lama
menghantui
jabatan agama berkenaan.
Katanya, sikap takut kepada bayang-bayang sendiri begitu sukar
ditepis
sehingga mereka mengambil tindakan di luar perhitungan waras
dan tidak masuk
akal.
"Sepatutnya sebagai agensi yang bertanggungjawab ke atas hal
ehwal agama
mereka perlu bersikap liberal dan profesional dengan membenarkan
syiar Islam
berkembang di! negeri tersebut.
"Pentadbir agama yang benar-benar ikhlas tid ak akan takut terhadap
minat
rakyat untuk mendalami ilmu-ilmu agama," tambahnya.
Malah katanya, sekiranya ceramah yang disampaikan oleh penceramah
jemputan
menyimpang dari al Quran dan Hadis, mereka boleh mengambil tindakan
di bawah
enakmen yang digubal sendiri kerajaan Selangor.
Dr Pratap Singh seorang doktor pergigian di Kota Bharu menyifatkan
perkembangan terbaru yang berlaku di Selangor adalah sesuatu
yang
menyedihkan terhadap umat Islam di negara ini.
Katanya, mereka tidak sepatutnya menyekat syiar Islam yang sedang
berkembang
sekarang.
"Perkembangan terkini yang berlaku dilihat pemimpin kerajaan
Selangor
seperti tidak mendapat hidayah dari Tuhan," ujarnya.
Seorang kakitangan kerajaan yang enggan dikenali berkata, kerajaan
BN
sekarang tidak sepatutnya menggunakan polis untuk menakut-nakutkan
rakyat
yang sedang dahaga kepada ilmu-ilmu agama.
Katanya, larangan kerajaan Selangor terhadap Menteri Besar !
Kelantan
berceramah agama di Selangor memperlihatkan unsur-unsur sekular
yang
bertapak kukuh di Turki sekarang sudah menjalar ke negara ini.
Sementara itu, pejabat Menteri Besar Kelantan menghantar surat
balas kepada
Jais yang dialamatkan kepada Pengarahnya hari ini.
Surat tersebut ditandatangani Setiausaha Sulitnya, Nik Mohd Azlan
Abdul
Hadi.