Assalamualaikum dan salam kesyukuran kepada seluruh jentera PAS Malaysia.
Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana telah mengamanahkan teraju
pemerintahan negeri Kelantan dan Terengganu
kepada PAS. Sebagai rakyat Terengganu yang menetap di negeri bertuah
ini, tiada kata-kata yang dapat diluahkan bagi
menggambarkan perasaan bersyukur dan terharunya dengan anugerah Allah
ini. Betapa tenang dan tenteramnya rasa fikiran
bila tersedar dari tidur di pagi hari, apabila menyedari bahawa negeri
ini selamat dan diberkati dibawah pemerintahan
ulamak yang tiada lain maksudnya melainkan untuk kebaikan rakyat dan
keredhaan Allah. Tiada lagi golongan pemerintahan
musang berbulu ayam, penyamun yang hanya pandai bersandiwara dan menanam
tebu dibibir mulut, bersulam dengan
retorik-retorik kosong. Alangkah damainya hidup kami di negeri bertuah
ini.
Semalam, saya berkesempatan untuk bersolat Jumaat di mesjid Al-Ikhlas,
Banggol Tuan Muda (mesjid sumbangan
Almarhum Sultan Mahmud). ADUN Manir, Ustaz Ismail Mamat telah membaca
khutbah yang penuh dengan nasihat dan
peringatan-peringatan lembut tentang suruhan dan larangan Allah. Amat
berbeza sekali, tiada kata nista kepada musuh, tiada
unsur balas dendam atau amaran serta ugutan sebagaimana semasa di bawah
BN dahulu. Alangkah indahnya Islam itu.
Bertambah indahnya bumi Malaysia ini jika rakyat di negeri-negeri lain
turut merasai kedamaian yang sedang dinikmati oleh
rakyat Kelantan dan Terengganu pada hari ini.
Sekarang.......saat kemenangan telah dikecapi, tibalah saatnya untuk
merialisasikan cita-cita yang terpendam selama ini.
Untuk itu, di sini saya ingin kemukakan cadangan-cadangan yang saya
amat berharapkan perhatian dan pertimbangan oleh
pemimpin PAS negeri Terengganu.
Laman Web
Sediakan laman web yang AKTIF bagi tujuan rakyat yang celik IT untuk
mengikuti perkembangan pemerintahan PAS
Terengganu pada bila-bila masa. Ianya juga penting agar rakyat boleh
menyuarakan pendapat atau aduan bagi kepentingan
seluruh rakyat negeri ini.
Buletin Bulanan
Buletin tersebut mungkin berbentuk bulanan atau dwi-bulanan bagi menyalurkan
maklumat kepada seluruh rakyat negeri
Terengganu, sekaligus menolak sebarang dakyah yang dibuat oleh UMNO.
Radio
PAS bolehlah berunding dengan RMKT bagi mendapatkan persetujuan agar
pemerintah PAS negeri dapat menyampaikan
maklumat atau berinteraksi dengan rakyat dari masa ke semasa.
Pejabat ADUN
Setiap ADUN sepatutnya diwajibkan membuka pejabat di setiap DUN bagi
memudahkan rakyat bertemu mereka. Selain dari
hari-hari biasa, satu hari dalam seminggu, mungkin hari Sabtu, sewajarnya
dijadikan hari untuk rakyat bertemu Wakil
Rakyat di pejabat ADUN masing-masing.
Penilai Prestasi ADUN
Satu badan khas dan bebas ditubuhkan bagi mengawal dan menilai prestasi
semasa bagi setiap ADUN. Ini bagi mengelakkan
rasa tidak puas hati di kalangan rakyat yang telah memberi kepercayaan
kepada PAS kali ini. Harus diingat, jika rakyat
kecewa dengan khidmat PAS kali ini, amat payah untuk PAS bertapak sekali
lagi.
Majlis Ilmu di setiap DUN
Wajar diwujudkan pusat mengajar ilmu agama di setiap DUN pada setiap
hari jumaat, sebagaimana di mesjid Rusila pada
saban Jumaat. Ini kerana kerajaan PAS telah mengishtiharkan hari Jumaat
sebagai hari Ilmu. Guru-guru berkebolehan dan
bertauliah bolehlah dilantik bagi merealisasikan program ini. Jika
tidak dilaksanakan, saya merasakan hasrat kerajaan
negeri tidak akan tercapai sepenuhnya kerana sebahagian besar rakyat
tidak berpeluang, malah akhirnya akan menghabiskan
hari Jumaat untuk aktiviti lain.
Dialog dengan intelek dan pegawai tadbir
Dialog sentiasa diadakan dengan para intelek, pegawai tadbir dan usahawan
dari masa ke semasa bagi mendapatkan
pandangan dan maklum balas dari golongan ini bagi setiap isu yang berkaitan,
terutamanya sebelum sebarang dasar kerajaan
dibuat. Ini bagi mengelakkan kerajaan membelakangkan inspirasi rakyat
terbanyak, juga memberi peluang rakyat yang
berkebolehan untuk sama-sama memberi input yang terbaik bagi kepentingan
umum.
Lawatan berterusan oleh ADUN ke setiap kampung
Semasa BN dahulu, kerapkali disuarakan masalah ADUN yang tidak nampak
muka. Bagi mengelakkan keadaan ini berulang
semasa kerajaan PAS, saya mengesyorkan agar setiap ADUN dimestikan
menziarahi setiap kampung di DUN
masing-masing setiap bulan, samada secara resmi atau tidak resmi.
Setakat ini sahaja cadangan-cadangan saya kali ini. Perhatian dan pertimbangan
oleh Tuan Guru MB serta EXCO-EXCO
kerajaan amatlah saya hargai. Saya amat mengharapkan kejayaan PAS merealisasikan
cita-cita selama ini. InsyaAllah
dengan bantuan Yang Maha Berkuasa, kita mampu melaksanakan. Cita kita
alpa dan gagal, maka kegagalan itu akan terlihat
ke seluruh pelusuk negara, sekaligus menggagalkan impian PAS untuk
menguasai negara bertuah ini. Allahuakbar.
Abu Ihsan
Terengganu Darul Iman